Aug 11, 2011

12 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Deux

#the story continues


Ramadhan 6

Hari ni hari sabtu. Bangun bangun je tengok henfon. Macamlah ade notification paling penting sangat dekat fon tuhh. I bukan #retis you allls. I hanya blogger biasa yang takde fan page Facebook dan tak boleh generate duit dari Nuffnang sebab dah takmau letak advs. Takdelah dwet raya taun ni. Ceh! Macam lah penah dapat B.E dari Nuffs. #sobsob

       Hari ni sahur, aku bangun dulu dari semua orang. Tetiba rase cam ade orang kejutkan. Huh! Scary aite? Tapi takpelah, at least boleh jerang air dulu. Nak buat air neslo sachet yang sedap #ya amat tuuuu. Keje panaskan lauk lauk sume memang keje Mama, aku xnak kacau. Ceh, padahal pemalas. Mengaku je lah. Sahur macam biasa. Makan ayam jugaklah sebab tanpa ayam, takde protein, so nanti taktahan puasa. Haha. Dah dua-puluh-satu-tahun pun still nak sahur demand demand ayam goreng. #annoying

       Pagi ni, Mama kejut. Ajak tolong dekat tempat niaga. Okeh, siap siap mandi sume terus lah naek kete Wira Hitam itu. Buat bende biasa buat, sebab hari ni Makcik Ila lambat siket datang, ade urusan bahagikan tanah wasiat dekat Kuala Selangor. Maybe sampai petang , so then, aku ngn Bella je lah tolong. Bella pun ikot sekali sebab dia pun #cuti sekolah hari ni. So, keje dapur, dak pompuan takboleh #malas. Tapi pergerakan zahir masak memasak hari ni sangat lambat. Yelah, yang tolong bukan budak budak yang pandai masak. Kitorang ni tengok #MasterchefAustralia je, bukan pandai masak. #budakbudak

       Tadi, Aunty dari K.L call Bella, katenye dah #ontheway nak kesini. Sebab nak bukak puasa dengan nenek. Maklumlah, rumah nenek sebelah umah aku. So, pape information kene bagitau umah sini dulu. Katanye dalam pukul 4 sampai lah. Tapi pukul 4 taksampai sampai lagi. Haish, dah bagitau nenek dah. Jadinye, nenek dok ttunggu tunggu lah anaknye balik dekat tingkap tu. At last, nasib baek sampai pukul 6, katenye pegi pusing bazar dulu. Anak aunty, Aiman dengan Kimi rapat sangat dengan kitorang adik beradik ni. So, bile dapat balek umah nenek, dyorang pun hepi dapat balik umah aku. #budakbudak

       Berbuka hari ni pulak macam biasa je. Still ngn family. Family aunty bbuka ngn nenek harini. Biasa jugak bbuka roti john, air asamboi, nasi, ayam madu yang enak bangett, etc, etc dan etc. Siap bbuka, lepas sendawa macam baru lepas makan anaconda goreng cili api, tak tunggu, terus update blog. Update post ni lah! Haha. Tulis punye panjang, sembayang maghrib pun lambat. Haish! #apenakjadi

       Dah tengah malam rupenye dah, ni baru nak update xtvt malam pulak. Malam ni pegi #terawih mcm biasa. Takdepape yang menarik. Moreh pun tak ikot. Malas lah.  Malas sangat sangat. Ecewahh! Cover konon, padahal buat 8 rakaat je. #pffttt


Selamat malam sayang, selamat malam kasih, selamat malam sayaanngg. @faizal_tahir


Ramadhan 7

Selamat pagi pampers! Emm. Kite takpakai pampers ehh. #yeke Hokayyy, selamat sahur semua. Aku dah pun siap sahur pagi ni. Bangun perfect. Makan perfect. Minum perfect. So, takde pape yang harus dijadikan alasan untuk tak berpuasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak iaitu bulan yang mulia ini. Dihari mulia inii, ku susun sepuluh jariii. Haha. #tibatiba

       Morning guys. Alangkah bahagia hari ni. Hari ni hari Ahad. Mama tak niaga. So, bolehlah rehat secukup cukupnya hari ni. Sebab mengikut statistik customer hari ni, macam takramai. Boleh lah tambahkan follower amal, blogwalk berzikir, etc. Eh, eh, tengah blogwalk dekat blog Syaza Kelyza, sangat jelez sebab Mama dia masak nasi beriani semalam. Aku mane boleh kalah, request kat Mama buat Nasi Ayam paling sedap di dunia untuk bbuka puasa hari ni. #alwaysawinner #neveraloser

      Taksedar, petang dah. Penat melayan sepupu sepupu ni. Walaupun masing masing dah Form 2 n Darjah 6 dan dah pandai cakap Redtube, etc, etc, (biaselah, budak K.L) tapi still perangai #budakbudak. Aku ngn Bella pun kene lah layan je. Nak buat camane aku yang dah dua-puluh-satu pun still playful dok main main dengan budak kecik sume. Plus, muka aku ni muka penyayang ade nur kasih yang sangat bergemerlapan gituwww. Kan Gadys? Dats y budak kecik ni senang melekat. Ecewahhh. #bajet

       Kali ni, bukakpuasa sampai malam, aku update sekali lah. Bukak puasa tadi bbuka Nasi Ayam! Pergh, nasi ayam Mama memang paling sedap. #confirm kalah The Chicken Rice Shop Bukan Sekadar Nasi Ayam kekokkk kokkkk(bunyi ayam dalam iklan). Sos tomato cicah ayam tu memang sedap sampai aku rase dah sama tahap dengan @IronChefSakai punye standard! Makan sampai kenyang nak mampos, bangun dari kerusi makan sampai ke sink dalam keadaan perut penuh macam tengah ruku'. Oh! itu sangat #hiperbola. Malam pulak, ade chat Facebook dgn Yana sebab nak mintak ajar camane buat header flash. Lepas tu, logout Facebook and terus g #terawih. #gudnite


Ramadhan 8

Mulakan pagi subuh anda dengan secawan Nescafe? Kite alter siket tagline Nescafe sebab sekarang bulan puasa. So, pape pun kene gune ayat "subuh" sebab sahur. Yupyup! Again, aku mulakan sahur aku dengan sempurna dengan dua cawan Nescafe© Menu NESLO! Plus, makan nasi ayam semalam yang Mama sempat panaskan. Memang ho liauu lahh! Okay, sume ni psikologi supaya berpuasa penuh setiap hari. #nice

       Rupanya dah seminggu lebih dah aku kite puasa. Tapi baru bape malam je aku #terawih. Hmm, sayang sangat sebab #terawih bulan ramadhan ni je lah ade. Tapi takpelah, mulai malam ni, aku berazam supaya dapat #terawih sampai akhir bulan penuh 21 @ 23 rakaat! Okeh, pagi ni bangun tido awal siket. Pukul 9.30 dah bangun tido, bangun terus terpikir pasal #terawih, pelik pelik. Maybe dosa banyak sangat kot. Tu yang terus terfikir tuhh. Ni baru mandi, terus update bende ni. Mandi pun pukul 10.30. Kire same lah macam biasa. Takberubah punnn. #apenakjadi

       Petang ni panas menggelegak! Adoishhh. Hitam kulit i, youuu. Dah lah memang semulajadi hitam manis, takkan nak jadi hitam bontot kuali kot. Lepas siap tolong Mama kat kedai and Acik Mis takeover tempat aku, balik dengan penuh kehitaman. Masuk masuk rumah je, mata hitamm je. Walaupun tu effect biasa, tapi aku still nak citer! Kahkahkah. Boleh kan? Boleh kan? Tapelah, ni diari personal saya. Tapi jangan lupa comment! Pemintak comment walaupun entry takbest! #pathetic

       Okeh, update tengah malam yang hening ni, memang menyeramkan. Ade bunyi sang anjing menyalak kat luar rumah. Haish, anjing ni nak curik kasut lagi lah tu. Taun lepas dah dicuri, digonggongnya pulak tu, lepas tu tunjuk depan pemilik kasut: Papa. Memang kene baling kuat lah dengan batang kayu buat pacak pelita tahun lepas. Takpe, tu citer taun lepas. By present, nothing special lah malam ni. Still 8 rakaat. Masih mencuba menguatkan lagi daya ketahanan badan. Lepas ni kene minum @Yakult lah, lepas banyak bakteria baik dalam badan, baru boleh #terawih 21 rakaat! #ppfftttt


Ramadhan 9

Setelah dikejutkan dari mimpinya, Nazryn terus meluru ke dapur untuk mencari makanan bersahur. Haha. Hari ni Mama lambat siket. Baru nak goreng goreng. So, sempat lagi masuk bilek, tengok fon kot kot Gadys mesej. Sebab malam tadi masing masing dah takde kedit. Lepas tu, tido terus je. Cuti ni masing masing takkeje. So, takde duit lah nak topup. PTPTN pun dah habes mase study hari tu. Gadys dduk kat UiTM Bandar Melaka. So, hard lah nak jumpe, dwet pun cepat habez coz aku dekat Yu-Yu-Em Kedah. #finishalready

       Selamat Hari Selasa. Takde apa yang special lah hari ni. Bagus jugak. Takde lah korang penat nak baca esei SPM 2007 calon BC065A013: Muhamad Nazrin ni. Haha. Jangan gelak. Memang aku engt lagi angka giliran SPM aku 4 tahun lepas. #giggles

       Malam ni aku #terawih pecah rekod utk taun ni. Full House! Dengan khusyuk dan tawaduknya, habis lah jugak Full House after 9 hari puasa. Akhirnya kau berubah jugak Nazryn! #alhamdulillah


Ramadhan 10

Mama oh Mama. Lambat lagi kejut hari ni. Tapi takpe, camane lambat pun Mama kejut, still sayang Mama. Ohh, sangat #sweet. Haha. Mama tengah goreng ayam buat ayam goreng.  Memang lah goreng ayam buat ayam goreng. Still #wondering. Haish, biaselah, pagi pagi lepas makan memang ting tong siket. Jangan lah salahkan writer kalau ayat tunggang tebalik. Dah, jom tido balek. Ngantoklahh! #sleepypanda

       Hujan yang turunnn, bagaikan mutiaraaaa. Tapi pagi ni hujan lebat sangat lahh! Takmacam mutiara @HabibJewels punn. Apekan lagi DiamondNPlatinum (tade @ sebab DnP takde Twitter). Takserupa pun Arwah Sudirman, #alfatihah. Takpe, kite faham, tu sume hiperbola untuk sedapkan lagu kan? Hari ni takpegi kedai Mama, dok sebok reply comment kat blog plus blogwalking. Blogwalking, blogwalking, tapi follower tak tambah punn. Still 219! Jom follow saya, sapa follow saya, dia boleh baca entry panjang panjang! Hahaha. #menarik

       Sebab pagi tadi hujan, so aku tukar syif lah. Petang pulak tolong Mama kat bazar. Memang havoc kedai Mama wa cakap sama luuuu. Takmenang tangan walaupun ade 11jenis lauk je. Sikit lah tu kan? Tapi ramai giler customer(sambil tepuk tangan macam gebang kat kawan kawan yang awek ramai keliling pinggang). Haa, camtu lah. Bukan sebab aku ade kat kedai tu, tapi memang sediakala sejak azali dah havocc! #havoc

       Hari ni seharian takmesej Gadys, memang tak keruan gituww. Nak ucap "Selamat Ulang Tahun Berbuka Puasa Sayang" pun takboleh. Hope kejap lagi sebelum pegi #terawih, Mama hulur lah siket sebagai tanda penghargaan tolong kat bazar. Haha. Takmalu, nak mintak tulis dalam blog, mane nak dapat. Bbuka hari ni Roti John ade siket special lahh, letak Black Pepper sedap amat. Paling laku dekat meja makan rumah hari ni. Ouhh, #craving sungguh utk esok punye bbuka pulak. #mouthwater

       Jyeah! Tadi Mama tanye siap siap, ade topup tak? Mama sekarang dah jadi ejen topup jugak! Haha. Giler dalam link cable Mama ni. Dapat lah RM10 topup. RM2 share dengan Gadys. RM2 tolak credit advance. RM1 deduct Facebook Mobile. Ade lah baki dalam RM5 lagi. Ianya sangat cukup dan bersyukur kepada yang Maha Esa kerana dikurniakan ibu yang sangat memahami. #thankgod #alhamdulillah

#to be continue

12 criticism:

gadis ~ said...

wah,ckp french ! mntak ajar ~

Nazryn Mishar said...

@gadis ~

simple je kakak Gadys. Partie tu Part. Deux tu Two. Part Two! Hahaha. Sebenanye ad orang ajar! :D

Iefa Ujang said...

anak mama ke???llki mmg mcm 2...ahahaha

Nazryn Mishar said...

@iefa ujang

haha. nak kene mengaku anak mama ke ni eh?

ieza ashaari said...

hhihi.. bgus lah tue, bgun jerang air. dr dok melangut jer.. :)

Nazryn Mishar said...

@izfanora

hehs. kire bagus lah eh? okeh,next tyme, dok melangut pulak lah. :p

Unknown said...

impressed gila ko still ingat no giliran spm dlu.haha

Nazryn Mishar said...

@iekasub

haha. nombor keramat. kenelah ingt! :D

Selipar Putus said...

tibe-tibe aku teringatkan citer diari ramadhan rafiq.. huhu. ;p

Nazryn Mishar said...

haha. dats y aku buat bende ni. bajet macam budak Paris,France baru belajar puasa~ :p

Syaza Kelyza said...

haha . bukan nasi beriani , nasi minyak la :PP