Aug 7, 2011

16 Diari Ramadhan Nazryn


Ramadhan 1

Dear blog, hari ni hari 1st sahur lepas pengumuman puasa malam tadi. Sahur yang senang amat, nasi, telur goreng, pajeri nenas ngn kicap as another option. Tahan lah agaknya sampai bbuka puasa nanti. Pas je, smbayang subuh, sambung tido, siket pun takde rase nak menambah amal. Haish!

       Ni dah pagi, Mama kate nak bukak kedai dekat bazar, kat Jalan Bomba. Gerai jual lauk pauk (ecewah, ayat lengkap). Semangat bkobar-kobar (kononnye) nak tolong mama. Okeh, esaimen Mama bagi lagi senang dari esaimen cikgu Taxation mahupun cikgu Management Accounting. Mama suruh kupas bawang merah, bawang puteh, siang sotong dengan gunting paru lembu. Yup! Aku anak lelaki sulung dari dua adik beradik. So,keje dapur ni boleh lah siket siket. Plus, ade makcik sorang Mama upah, suruh tolong tolong lagi. Sumenye buat dekat kedai Medan Selera which mama owned sejak aku Form Three. Nothing special, takde terhiris tangan sendiri sampai bedarah mcm citer #typical Melayu bulan puasa. Haha.

       Balek je dari Gerai, pukul 3petang camtu, zohor and tidor. Simple. Bella pulak baru lepas balek sekolah, duduk depan TV macam muke penat merentas desa. Hiperbola. Bangun pukul 6, asar, tengok Bella pulak tidor kat depan TV. Haha. Ni lah namenye, Shift Tidor Bulan Puasa. Kejut budak kecik tu, ajak kemas meja, ready nak bukak puasa buat macam yang dah Mama mesej kat Bella tadi. Bukak puasa rumah ni simple, Lauk lebih Mama niaga. Roti John is COMPULSORY appetizer. Air beli dari kedai pulak is HIGHLY SUGGESTED sebab malas nak jerang air, buat air. Kuih mueh OPTIONAL dessert. Faham semua? #annoying 

       Malam ni, siap dah satu karangan 1st puasa. Tapi aku dok terfikir, kalau selalu sangat update, nanti jadi ntahapehape pulak aku tulis. Plus, bukan korang bace pun. Persoalan ni terbawak bawak mase sembayang Isyak sebab malam ni aku tak pegi terawikh. Yup. One word! Pemalas. Pas je siap, aku pun terfikir buat scrapblog/diari bulan puasa. So, cam kene lah dengan ayat ayat panjang berjela ni. Rase cam nak update 3hari sekali or 5hari sekali. Walaupun aku suke nombor 2 dengan 6 (okeh, takde kene mengena). Mari kita tidor. Sambung esok!


Ramadhan 2

Today is Tuesday. Kite tukar siket concept blog ni to #SCRAPBLOG. Ceh, dak laki buat diari. Macam pondan. Haha. Tapi ni diari blog intellectual style. Tuuu dyaa! Ah, shitting pesetankan semua tuhh, janji aku ade blog. Hehs.

       Fine, sahur hari ni lebihan buka puasa semalam. Banyak jugaklah sebab lauk lebih Mama niaga semalam banyak takhabes. Ade 6 jenis lauk jugaklah. Tapi nasib baek ayam goreng tepung Kentucky ade lagi. Haha. Lauk memang banyak terbentang dekat depan retina, aqueos humour and iris ni #astrotutorTV(science SPM), tapi mana tumpahnya kicap kalau tak ke nasi? Lepas sahur, blogwalk. Still tak sedar nak menambah amalan mulia. Tapi sambil blogwalk, aku tesenyum senyum. Bukankah senyum amalan yang mulia? Chooyyy!!

       Pagi ni, pegi lagi kedai Mama. Tapi kali ni bawak lappy. Haha. Macam dah takde keje laen. Boleh update kat kedai. Brought to you alllsss Live and Exclusive. Banyak jugak kedai laen yang bukak, sambil tu belagak bawak lappy masuk kedai (macam aku sorang ade lappy). Show off harta benda memang natural beauty habit aku. Hari ni keje kurang siket in volume, tapi increase in varietyness. Faham? Maksudnya, Mama nak tambah kepelbagaian lauk untuk jual kat bazar (Nahhh! Gramatis habis ayat). Hari ni nak tambah siput sedut. Menggeletar nak sunatkan siput sedut, maklumlah, pecinta haiwann. Oleh kerana yang demikian, aku kesian nak ptong hujung siput sedut, that duty is on Makcik Ila's shoulder. Haha. Senang jadi anak tauke! #LOL.

       Balek umah dari kedai macam biasa, zohor and tidor. As simple as #ABC, cekodok basi. Bangon tido, nak pun cam biasa. Bukak puasa pun mcm biasa. Tapi hari ni ade siput sedut lah. And some of siput sedut tu, takboleh sedut. Maknenye bukan siput sedut lah kan? Lastnye, 1 family maen "sape dapat sedut siput ni, dye hebat". Haha. Tade sape pun dapat sedut, Papa pun. Tiada pemenang, semua pengalah! #parody Vince AF1.

       Okeh, now aku baru balek dari #terawih. 1st nyte terawih cam laen sangat pulak taun ni. Dah lah masjid takramai orang. Haish. Bile lah satu malaysia kampung nak sedar ni? Aku dah! Haha. Nothing special malam ni, moreh pun malas. Ceh! Padahal terawih pun 8 rakaat je. Haha. Balek lapar. Makan Tiger Biskuat! Sambil tengok Raw! Dats all. Nyte allss .


Ramadhan 3

Bukak mata pagi ni. Baru perasan suar basah. Gampang. Ni sume pasal tengok Gusti si KellyKelly yang comel tu lah! Ntah hape kejadah tibe tibe mimpi pasal dye tah. Malas giler nak mandi. Naseb baek, bangon pkol 4.45, takde orang bangon lagi. So, taklah malu nak mandi wajib. Haish. Dah setel mandi, kejot semua orang walaupun Mama ngn Bella cuti puasa. Haha. Ah, janji aku dapat rase nikmat bepuasa dengan family. Ecewah! Haha. Sahur as always. Tapi kali ni makan siket, minum air banyak. Air teh. Mama buat, sedap kot. #nocomment

       Ni dah pagi, dah pkol 11. Tengok mesej dulu dari Gadis si cantik maniss. Ecewahhh! Haish. Punye lah lambat bangon lah hai. Alah, bukan buat ape pun. Takpayah nak semangat sangat lah bangon awal. Kan? Mandi pagi tanpa gosok gigi. Nak pegi kedai Mama ni. Jyeah. Hari ni malas bawak lappy. Sebab takde kepentingan. Okeh, #chauchinchau!

       Balek kedai Mama hari ni xtido. Ntah nape tak mau tido. Sebab nak suruh blogwalk kot! Haha. Walkin lah beberapa blog-blog comey lotey pinky winky. Aduh, sekarang giler ramai bloggers pompuan. Tenggelam bloggers lelaki. Sila add Facebook blogger lelaki dan start bekenalan. Saya mempromote diri saya, sila add di facebook. Facebook and Twitter button ade kat atas tu. Tekan ke. Takpayah right-click newtab. Blog ni sangat mudah! Ecewahh. This is out-of-line story pasal puasa. Sila abaikan. Style aku berbuka memang takde kurma Yusuf Taiyoob, kurma Cina Tesco ataupun kurma Chocodates keluaran Sunsweet. It is just not me. Aku tau aku kadang kadang tak ikut sunnah, tapi aku kurang suka dekat kurma, so then, aku bbuka dengan air manis berais. Thanks to all yang dah support aku makan kurma. Tapi aku rase takboleh masuk sangat lahh.
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka 
Kelebihan sembayang #terawih adalah sangat best. Aku sangat memilih. Kalau pahala dapat takbest, aku tak pegi. Haha. Sangat gampang. Nampak sangat banyak dosa. Banyak syaitan dalam hati. Haish. Dah, lupakan je. Aku dah pegi dah pun. Mengharap keampunan yang Maha Esa dan supaya kekal berterusan #terawih. Aminn. Jom tido. Harap tak mimpi kotor lagi malam ni. Finger crossed!

Apesal malam ni punye ayat sangat skema?

Ramadhan 4

       Hai semua, aku bangun sahur dengan sempurna hari ni. Mama kejut. Ni pun nak tulis ke? Emm, kenelah, ni kan diari. Hehs. Sengih kuda. Sahur hari ni makan ayam madu lauk lebih bbuka semalam. Sedap, manis. Yum, yumm deliciouso bak kate Dora The Explorer. Kemanisan ayam madu tebawak sampai aku tulis ayat kat blog ni. Batal ke tak eh puasa aku?

       Pagi ni, lepas aku bangun, pun rase ayam madu ni lagi. Sendawa je, mesti terasa ayam madu tuhh. Maybe madu ayam tu tesumbat dalam #trachea kot. Sebab tu terngiang terasa lagi ni. Fine, aku memang belom mandi. Tapi aku nak tulis kat blog dulu. Jangan kate aku busuk, tepok dahi korang semua kang. Aku wangi. Plus, ade nur kasih gituww. Haha. Dah lah, nak mandi, nak tolong Mama. #kononnye

       Petang yang sangat panas. Mungkin dua-puluh-lapan darjah celcius kot. Haish. Ni baru panas dunia. Dah, lupakan panas semua tu. Aku dah mandi lagi sekali. Nak bagi segar. Bukan sebab teguk air shower yang sejuk ituuu. Aku takpenah ponteng puasa. Ini realiti. #percayalahhhhh. Dah azan, jom buka puasa! Mama masak ayam rendang banyak pulak hari ni sebab demand yang semakin meningkat. Jangan tak percaya, Mama i pun pandai baca keluk permintaan dan penawaran youuu! Haha. Ini tipu. And this time around, takde main "sape dapat sedut siput ni, dye hebat" lagi dah macam puasa kedua. #choyyy

       Memandangkan aku sangat quite choosy, aku tak pegi #terawih malam ni. Jangan tanye kenapa. Aku lepuk sorang sorang kang. Semalam dah cakap takkan hari ni nak cakap lagi. Haha. Lepas je yaasin, malam ni takbuat apeape dah. Menghadap lappy, main Football Manager 2011. Although i am not a successful manager. And apparently not yet a manager. Haha. Gelak kalau faham. Kalau takpaham english saya, lupakan. #pathetic


Ramadhan 5

       Hari kelima. Bangun sahur lmbt harini. Pkol 5.30. As always, ade orang kejut sebab aku bukan jenis orang yang suka pakai alarm kat dalam fon. Walaupun fon mahal. Haha. Sikap menunjuk nunjuk yang sukar diubah. Aiyoo! Pagi ni sahur minum neslo sachet je sebab neslo sachet lagi stabil kadar glukosa nya ya adik adik. Lagipun dah lambat. Pas subuh ni tido lah. Ngantuk lah pulak, tapi sempat mesej Gadis lagi. Haha.

       Bangun dah tegak matahari kat atas bumbung rumah. Lupa hari Jumaat. Nasib baik belum telepas sembayang Jumaat. Haish. Teruk lah puasa kali ni. Lagi puasa kat rumah, lagi banyak lemak. Bangun lambat, terawih malas. Ha, ni mula lah nak meleteri diri sendiri. Haha. Yup, it is now 12.15 and im hungry and im fasting. Not yet mandi. Tapi aku tau aku wangiii! Semerbak kasturiiii! Dah, takmau beleter panjang panjang. Jom mandi dan gosok baju melayu untuk ke masjid! #bersemangatwaja

       Habis je Jumaat, aku g kedai Mama, tolong ape yang patut ditolong. Malangnya, langkah kiri. Mama dah siap yang mana membawa kemungkinan hari ni tak dapat upah. Fish, fish! Macamana nak topup dan bergayut dengan yang tersayang? Balik umah dengan hampa kechewa dan sambung tulis kat blog. Haha. Petang ni taktido pun. Sebok layan cite Dewi dekat Astro Pelangi dengan Bella. Ntahapehape. Aku takpaham cite ni walaupun Rianti Cartwright itu sangat puteh melepak macam Barbie Doll, siket pun takmenarik minat. Lepas tu, layan StarWorld pulak. Ish, sangat takmenarik minat lah. Pasanglah ESPN ke, Star Sports ke. Tapi sebab Bella pegang control Astro, aku akur. #pasrah

        Today, #terawih is on. Aku dengan bangga nya start moto Nouvo yang paling huduh didunia, g masjid. Kali ni, siyez ramai giler yang #terawih kat masjid Tanjong Karang wehh! Macam ade Dato' Najib datang wa cakap sama luuu. Tapi lepas je 8rakaat, semua hilang. Termasuk aku! Haha. Nape aku balik cepat? Bukan sebab malas #terawih 21 rakaat lah. Sebab taknak selipar hilang kat masjid. Okeh? #okbai

#to be continued

16 criticism:

azie.azureEn said...

hah jalan bomba tu kat mane..? boleh dpt lauk free tak kalau pegi sane XD

Nazryn Mishar said...

@azie.azureEn

kat Tg.Karang, Selangor .
emm . boleh , tapi datang pukol 7.30 , lauk lebih2 dapat lah free ~ hehs .

cahayakehidupan said...

Tahu tak,saya dulu pun bukan penggemar kurma,tetapi bila fikir pasal sunnah Nabi Muhammad s.a.w. saya didik diri saya untuk memakannya.dan alhamdulillah saya dapat mengamalkan nya...selamat mencuba..=]

note : oh ye,sangat rajin anak mama ni kan,tolong mama buat keje..hehe ..>_<

Nazryn Mishar said...

@cahayakehidupan

thx2 . kite suke kurma kat tesco je . kurma laen tak mkn sangat . :p

fendyanisa said...

hamboi...nih tulis entry sal tigapuluh hari ramadhan twos...jangan miss taw...hehehehe

Nazryn Mishar said...

@fendyanisa

Haha . memang . saje nak tulis entry panjang2 bulan2 puasa ni~ :)

iekasub said...

entry panjaaaaaaaaaaaaannnggg!!!! tapi tahniah iekasub! aku berjaya baca semua. clap3! *muka bangga. part yang kau ehem2 tu tak ya la citeeee.aku pulak nye yg segan.aishhh.but then, part siput sedot yg susah nak sedut tu, ayah kau sweet sangat!hee

Nazryn Mishar said...

@iekasub

panjang sangat kan ? nanti aku buat 3hari-3hari je lah yek ? :D

gadis ~ said...

RAMADHAN 3
Bukak mata pagi ni. Baru perasan suar basah. Gampang. Ni sume pasal tengok Gusti si KellyKelly yang comel tu lah!

mmg nk kne laa kn...

Nazryn Mishar said...

@gadis ~

lah, dah nak kuar . nak wat camane ~ :p

Syaza Kelyza said...

wahhhh duk tanjong karang ke ? kat mana ?

fendyanisa said...

hahaha...gud...na wat gak la tp da lupe la pe aktiviti 1st puasa dulu..ngat makan ape jer...hahaha

Nazryn Mishar said...

@Syaza Kelyza

aah . kat kg.sg. kajang, tg.karang, selangor ~ :p

Nazryn Mishar said...

@fendyanisa

haha ~ hari-hari kene update . walaupun siket . xpelah , try buat dari 10th ramadhan nanti ~ :D

izfanora said...

jln bomba? tg krg? kuala selangor ke?

wah, ada diary cam kite juga, tp edisi nie main sambung2 yer.. hbt lah blog nie..

Nazryn Mishar said...

@izfanora

yup2~ nape? dok dekat2 sini jugak ke? huhu. ade diary jugak? nanti kite tengok blog dye pulak eh~ :p