Aug 27, 2011

8 Segmen: Tak Sabar Nak Raya

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To :
Seminggu Berhari Raya by Senario .

Aku excited nak raya. Personally, sangat excited. Walaupun takde sape sape tag (Wunny tak tag aku) #sulking, tapi aku nak jugak buat. Hahaha. Karakter alter ego.

Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna ?
  • Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna Biru Nila Pekat Ya Amat ala-ala Merahnya Makngah Birunya Pakngah.
  • Sepasang dengan seluar sebab aku takreti nak pakai kain batik lepas.
  • Sampin murah ala-ala Pengantin Baru pun bertemakan warna Biru Nila Pekat Ya Amat.
Lokasi pertama anda kunjungi untuk beraya ?

       Lokasi pertama yang akan aku kunjungi untuk beraya ialah rumah nenek belah Papa sebab;
  • Hanya mengambil masa 3minit untuk sampai kerumah nenek. (sebelah rumah)
  • Sebab selalunya ramai sedara-mara belah sini. Me-mungkin-kan, collection duit raya bertambah secara pukal. Okay, i'm 21 y.o, and still dapat duit raya. ^^Y
Makanan kegemaran anda di pagi raya ?
  • Lemang.
  1. Lemang pertama; cicah daging black pepper.
  2. Lemang kedua; cicah rendang ayam.
  3. Lemang ketiga; cicah kuah kacang.
  4. Lemang keempat; cicah rendang kerang.
  • Ketupat palas.
  1. Ketupat palas batch 1; makan dengan masak lodeh plus kuah kacang.
  2. Ketupat palas batch 2; makan dengan masak kicap ayam.
  3. Ketupat palas batch 3; makan dengan rendang ayam.
Okeh, cukup untuk sepagi raya. Baru kenyang. Brrrpp.

Lagu raya yang paling menyentuh hati ?

       Seminggu Berhari Raya - Senario.

Berapa rumah anda akan kunjung pada hari raya pertama ?

       Standard range ikut Math Mode Form Five; pegi beraya hari 1st sambil tunjuk baju raya baru agak banyak. Dalam 10-15 rumah. Tu pun kalau takpenat. Kalau penat, sikit lah. Hahaha.

Berapa pasang baju raya anda ?
  • Raya pertama satu pasang.
  • Raya kedua satu pasang.
Adakah anda seorang perantau ?

       Tidak. Bukan lah seorang perantau, pensantau mahupun pemantau peperiksaan.

Di pagi raya , part mana anda paling sedih ?

       Takde part sedih. Mintak maaf dengan makbapak pun takboleh kuarkan air mata. Aku dah cuba dah sejak dua tahun lepas, tapi takboleh jugak. Jangan lah salahkan aku. Tapi kalau clash dgn gf, boleh pulak bejurai jurai air mata kuar. Haish. #shiallah,ptuih

Menu di pagi raya dirumah anda ?

       Banyak. Sebut je. Semua ade. Meh aku listkan.
  • Kuah Kacang
  • Kuah Lodeh
  • Daging Black Pepper
  • Rendang Ayam
  • Rendang Kerang
Haha. Banyak kan? Belagak siket, pe salahnye kan? Mama amek tempahan tiap tahun. Duit tempahan tu selalunya bagi kitorang dua beradik sebagai duit raya. Miahaha. #loveydovey

Kampung Ibu / Ayah anda Raya tahun ini akan anda balik ?

       Dua-dua balik. Belah Papa, 3minit perjalanan dari rumah. Belah Mama, 10minit perjalanan dari rumah. Semua dekat Tanjong Karang.

Tag? Malaslah. Aku rase takde sorang pun kawan aku yg berumur 21 tahun yang excited nak raya. Aku je sorang yang excited sangat. #sobsob. Tapi aku rase IkaSub, Odah dgn Yana semangat nak raya taun ni. And Link to this blog: Azmira Yusof. Babai, #quickupdate!

8 criticism:

ifa said...

semangat benor kau nak beraya dgn baju biru nila kau 2 kn :P

Nazryn Mishar said...

@ifa

eh, mestilahhh! raya setaun sekali. mesti semangat! jyeahhh~

iekasub said...

tengs tagged! aku bersemangat kobar2 kejora nak raya! tapi belum cukup semangat nak buat ni lagi.hehehehe. insyaAllah i'll join. but not now..tengs btw pakcik!

Nazryn Mishar said...

@iekasub

cepat join. takkan nak tunggu malam raya. HAHA~ :D

AUDY said...

sorry aku br ter-onlineeee.. hehe. da abes raya on lagi ke segmen nye. haha

wunny said...

hahah... semangat tol..
selamat ari raye +__+

Nazryn Mishar said...

@AUDY

haha~ takyah lah "audy" :p

Nazryn Mishar said...

@wunny

haha. mestilah. semangat siket. baru namenya raye kan? selamat hari raya! :D