Nov 18, 2011

5 Berdua Bersatu

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To:
Berdua Bersatu by Forteen.

Assalamualaikum semuaaa. Evening peeps.

Words of Wisdom : Harimau Malaya hebat #yaAmat!
-Skrullz Nazryn, 2011 Nov 18-

       Puh-liss jangan anggap aku pelik sebab update. Aku pun takpaham kenapa. Ye lah, dah enam hari takupdate, mestilah rase rindu nak update. Haha. Atau, mungkin sebab malam tadi baru habes mid sem exam kan? Tu pun baru satu paper. Paper ni aku list down as subject-kedua-tersusah-Semester-Lima ni selepas Taxation II. Taxation II nnt exam hari Selasa depan. Belum habes lagi lah tanggungan @ liabiliti terhadap subjek dekat Yu-Yu-Em ni. Perkataan liabiliti tu adalah emphasis kepada "saya-seorang-pelajar-Accounting-yang-takpernah-dapat-dekan". #pathetic

       Nak gebang siket ni weh. Hari tu matluthfi kan ade buat video pasal "rant on Lagu Cinta". Personally, aku tw lagu yang aku dengar sekarang adalah lagu yang agak bodoh dan tak melambangkan pengorbanan seorang kekasih kepada kekasihnya. #MatLutfi, I agree! Tapi dia punya beat and rhythm lagu itu adalah sangat mengancam. Sampai aku pun #terrrr hapal. Okay, mari kita nyanyi sama sama.


Jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar . 
Jika dengan mu rebah, biarlah ku tercalar .
Walau dilandai badai, ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu .
Jika dengan mu kabur, ku takmahu yang jelas . 
Jika dengan mu hanyut, biarlah aku lemas.
Walau dilanda ribut, ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu .

       Dalam enam rangkap tu, satu rangkap je yang menunjukkan pengorbanan. Ayat tersebut ialahhh: "Jika dengan mu rebah, biarlah ku tercalar". Kan? Okay, lets say, sepasang kekasih yang amat suweet sedang memanjat pokok untuk mengambil buah rambutan. Tiba-tiba, dahan patah! Lelaki dan wanita tersebut pun jatuh, but then lelaki yang suweet tu sempat grab wanita tu. So, yang tercalar, lelaki yang suweet tu lah kan? Tu pun kalau sempat lah kan?

       Bagi aku, rangkap yang paling bodoh pulak, "Jika dengan mu kabur, ku takmahu yang jelas". Fine, bagi kes ni pulak, try imagine yang sepasang kekasih yang baru balik dari exam malam. Lepas exam diorang dah janji nak makan kat KFC sebab pompuan tu sangat mengidam. Kereta lelaki tu memang sejak azali rosak aircond. Tiba-tiba tingkap pulak rosak. Disebabkan pompuan ni sangat mengidam, mereka pun menghala ke KFC terdekat iaitu 20 kilometer jauhnya. Dalam perjalanan tu, takpasang aircond, tingkap takbukak. Secara tidak sengaja, cermin depan kabur 10 kilometer selepas bertolak. Sebelum sampai, eksiden. Dek kerana terlalu "ku takmahu yang jelas", dahhh eksiden. Kan bodoh tu?

Okay, dah, jom sambung nyanyi lagu ni. Walaupun bodoh. Janji sedap didengar. Kan?
Have a wonderfull evening ya olls.

~FIN~

5 criticism:

iekasub said...

lambat betul aku nk paham example kau yg 'kabur' tu.haha. tapi dah paham. lagu tu bengong2 pon still best

Nazryn Mishar said...

haha. aku bukan pencerita terbaik. tapi.. bolehlaaa. kan? :p

Syaza Zul said...

Gila, macam mana boleh terjumpa pulak ! Malu ah nak pergi kelas FAR camni. Haha !

izfanora said...

hahaha.. cam matlutfi plak..

bdk uum yer? nk tny nie.. korg praktikal kena byr x?means, termasuk dlm yuran ke praktikal yg 8jam kredit tue..