Nov 18, 2011

5 Berdua Bersatu

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To:
Berdua Bersatu by Forteen.

Assalamualaikum semuaaa. Evening peeps.

Words of Wisdom : Harimau Malaya hebat #yaAmat!
-Skrullz Nazryn, 2011 Nov 18-

       Puh-liss jangan anggap aku pelik sebab update. Aku pun takpaham kenapa. Ye lah, dah enam hari takupdate, mestilah rase rindu nak update. Haha. Atau, mungkin sebab malam tadi baru habes mid sem exam kan? Tu pun baru satu paper. Paper ni aku list down as subject-kedua-tersusah-Semester-Lima ni selepas Taxation II. Taxation II nnt exam hari Selasa depan. Belum habes lagi lah tanggungan @ liabiliti terhadap subjek dekat Yu-Yu-Em ni. Perkataan liabiliti tu adalah emphasis kepada "saya-seorang-pelajar-Accounting-yang-takpernah-dapat-dekan". #pathetic

       Nak gebang siket ni weh. Hari tu matluthfi kan ade buat video pasal "rant on Lagu Cinta". Personally, aku tw lagu yang aku dengar sekarang adalah lagu yang agak bodoh dan tak melambangkan pengorbanan seorang kekasih kepada kekasihnya. #MatLutfi, I agree! Tapi dia punya beat and rhythm lagu itu adalah sangat mengancam. Sampai aku pun #terrrr hapal. Okay, mari kita nyanyi sama sama.


Jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar . 
Jika dengan mu rebah, biarlah ku tercalar .
Walau dilandai badai, ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu .
Jika dengan mu kabur, ku takmahu yang jelas . 
Jika dengan mu hanyut, biarlah aku lemas.
Walau dilanda ribut, ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu .

       Dalam enam rangkap tu, satu rangkap je yang menunjukkan pengorbanan. Ayat tersebut ialahhh: "Jika dengan mu rebah, biarlah ku tercalar". Kan? Okay, lets say, sepasang kekasih yang amat suweet sedang memanjat pokok untuk mengambil buah rambutan. Tiba-tiba, dahan patah! Lelaki dan wanita tersebut pun jatuh, but then lelaki yang suweet tu sempat grab wanita tu. So, yang tercalar, lelaki yang suweet tu lah kan? Tu pun kalau sempat lah kan?

       Bagi aku, rangkap yang paling bodoh pulak, "Jika dengan mu kabur, ku takmahu yang jelas". Fine, bagi kes ni pulak, try imagine yang sepasang kekasih yang baru balik dari exam malam. Lepas exam diorang dah janji nak makan kat KFC sebab pompuan tu sangat mengidam. Kereta lelaki tu memang sejak azali rosak aircond. Tiba-tiba tingkap pulak rosak. Disebabkan pompuan ni sangat mengidam, mereka pun menghala ke KFC terdekat iaitu 20 kilometer jauhnya. Dalam perjalanan tu, takpasang aircond, tingkap takbukak. Secara tidak sengaja, cermin depan kabur 10 kilometer selepas bertolak. Sebelum sampai, eksiden. Dek kerana terlalu "ku takmahu yang jelas", dahhh eksiden. Kan bodoh tu?

Okay, dah, jom sambung nyanyi lagu ni. Walaupun bodoh. Janji sedap didengar. Kan?
Have a wonderfull evening ya olls.

~FIN~

Nov 12, 2011

4 Catur Bestari: The Sequel

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To:
Hanya Padamu by Qiara.

Assalamualaikumm

       Selamat datang ke blog yang paling ringan didunia ni. Blog ni mempunyai satu header flash bertemakan bunga bunga vintage, tapi blog ni bukan blog pompuan. Bukan jugak blog pondan. Gua lelaki 100%. Nak bukti? Emmm. Takkan aku nak bukak zip seluar sambil bukak underwear tunjuk ke-lelaki-an aku kat korang kan? Orang tua kata tak manis dipandang. Ecewahhh. Okay lah, option laen, korang bukak tab FB aku tengok gambar profile. Lepas tu buat penilaian sendiri macam Penilaian Menengah Rendah(PMR) gituwww. Okay? #seriously, #ImABoyNotYetAMan
macam pompuan pakai vintage bunga bunga. #pfffttt

       Its been five days aku tak blog, and aku rase tu sesuatu yang bukan lagi jarang ditaip. Haha. #pathetic lah engkau Naz. Tweet pun baru pagi tadi aku tengok perkembangan semasa dunia ciap-miap burung aku. Kira nya cam semua dunia social networking ni aku cam tak amek kisah sangat sekarang. Maklumlah, umur meningkat naik. Tapi ke-tinggi-an tetap tak meningkat naikk. Rasa #loser tapi Alhamdulillah. Hmm, dah penat fikir ayat dua perenggan nak membebel, tibalah masanya kita kita semua masuk ke alam fantasi Skrullz Storyboard. Ayat #budakbudak

       Post kali ni sequel to post yang bulan March hari tu. Kalau tak ingat sila click sini. Sape yang tak tau main Catur Bistari, wajib click sebab pasni aku takot korang takpaham ape yang aku nak citer. Takpasal #pening cam bukan #SPM kang. Semalam aku masuk competition Catur Bestari ni lah. Punye semangat, Anep siap post kat wall dye, tag sume player UUM. Sume seram sejuk je masuk dewan. Tapi,  dah memang Dewan Mas UUM sejuk. Sebab tu la semua seram sejuk. Haishh. #nervewrecking
Dari kiri: Paling Hensemmm; Apad, Paling Ohsemmm; Anep, Paling Skrullz; Naz
Tiada dalam gambar: Paling Tinggi; Mie, Paling Blur; Pojak, Paling Terer; Yoe, Paling Leader, Fiq

      Then, play lah macam biasa. Dekat Laluan Makan Gaji nasib baik sekali je aku Pecah Amanah. In real business world, kalau orang lain tahu korang Pecah Amanah, jail is the only place you shud live your life. Tapi dekat Catur Bestari, 3kali Hilang Giliran is such a #pieceofshit. Takdapat beli saham, takdapat gaji, time wasting. Pergh, saket hati tunggu. Dekat Laluan Tijarah, sangat laju flow. Lepas company JTP, naik Tepak, naik Metro Parking. #thumbsup! And the most precious, aku dapat naik Laluan Jihad Bisnes. Dapat Topi Pink! Gua Jambu kenelah dapat topi Pink. Jambu macam #KPop
jambu kan? gigi gua puteh! macam DOMO! hahahaha.

        First tyme masuk tournament. Seronok beronok ronok. Sebab sume cam sporting, gila dan gampang. Banker slow bace kad tapi boleh tahan gila jugak lah. Agak gampang dan aku rasa dye tengah muntah muntah sebab pening sangat bace kad. Haha. Si asst. banker pulak asek suruh stop je. Mane gua boleh tahan beb, gua pun tolong jadi calculator dye. Haha. Si Akhbar lak cam senior siket maen Catur Bistari ni, so dye lah yang naek Laluan Pink first. Lepas tolong tolong, semua dapat naek pink! #jyeahh. Sangat enjoy walaupun tak memang iPad. Hampa, duka, sadis bercampur baur perasaan ini. Ecewahh, macam J.K. Rowling Jr. pulakkk pakai ayat gramatis plus hiperbola plus anafora.
       Last but not least, ni gambar table 38, table beracun. Read my lips, b-e-r-a-c-u-n. Table lambat naek pink. Hahaha. As always, gua yang tengah, yang paling jambu, yang paling berdisipilin! Buktinya, tangan aku kat belakang, cam Suksis senang diri. Hahahaha.


Toodles! ~FIN~

Nov 7, 2011

6 A Comeback Post (Indeed)

Bismillah
Assalamualaikum

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To:
Mr. I Know It All by Kelly Clarkson.

       Firstly, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat yang tengah baca blog ni mahupun yang tak baca blog ni begitu juga yang takpenah bace blog ni. Post kali ni mula kan dengan bismillah dengan harapan lepas ni selalu update. Blog dah hebat (=.=") , ade flash header bagai, tapi ya ampunnn, update kemain malas. So, dengan adanya kalimah yang mulia ni, harapan gua nak update seselalu mungkin. Ptuihh, ni memang ayat biasa Skrullz Nazryn lepas lama tak hupdate blog! Again, Skrullz dengan #janjikosong

       Still kepada point utama, namun terus dibawa kepada perenggan kedua, which is: Malas Update Blog. Korang tengok je lah, #janjikosong aku ni memang selalu ditepati. Bulan Oktober takde post. Bulan April takde post. Bulan May pun takde post. Pendek kata, banyak bulan lah yang takde update. And for this critical issues, once again, i'm sorry coz takdapat memenuhi criteria seorang penulis blog yang rajin yang amat. Lepas ni, selalu selalu lah ingatkan aku update blog. Sebab Skrullz memang seorang yang pelupa. And lepas ni aku akan jadikan blog ni hyper FUN untuk korang semuaaa. Again and Again, Skrullz dengan #janjikosong

       Lepas Azlyana Azmi ingatkan aku nak update blog, baru aku update. Rasenya puas bila dapat menerima cabaran sekaligus mengambil cabaran itu sebagai satu titik tolak untuk terus memasak update blog. SKEMA lagi GRAMATIS tak ayat tadi? Ade tak macam @MasterchefMalaysia punye contestant bila hadap camera? Hahahaha. Everytime aku bukak AstroRia hadap reality show tu, mesti ROFL* dengar ayat diorang yang sangat skema ituu. Korang tak tengok @MasterchefMalaysia? Back to the first sentence tadi, bukak je blog punye interface, perkara pertama yang aku buat, CHECK COMMENTS. Walaupun aku tahu blog aku tak hot, tapi aku tahu yang kadang kadang blog aku hot jugak dan tiba tiba dihujani gadis jelita comments yang belambak. Untunglah blog korang sume hot, blog aku cam pekasam. Nak dapat comments punye susah. Takcaye tengok output post ni. #untonglaa

       Next thing bila dah lama tak update blog, tengok FOLLOWER. Okay, this is the most important part coz sometimes semangat nak terus berblog tu depend on how many followers we've hit. Kan? Kali ni, sebenanye bukan nak tengok follower ber(+), tapi nak tengok bape ramai yang dah tak minat nak follow blog boring cam blog aku ni. This is damn serious, past 5 months mase aku takupdate blog dua bulan tu, ade tiga orang unfollow blog Skrullz. Nak wat camane kan? Redha je lahhh. Talking Hand: "Admit lah Naz, blog engkau tak best. Booooo!". #pathetic
       Last things before aku tekan button "New Post", aku tengok ade tak PERUBAHAN DEKAT BLOG. Sebab kadang kadang bila lame tak bukak blog, tyme Spiderman melabuhkan sawang, mase tu lah datang malware gampang yang hinggap dekat blog. Personally, bende ni takpenah jadi kat blog aku. Tapi ni juz langkah berjaga jaga je lah. Kalo de pape yang takpuas hati, repot polis. Eh, jangan, jangan! Buang balik coding HTML, start balik dengan new coding. Haaa, lepas tu baru boleh start blogging balik. #blogging

Eh, sebenanye ni posting nak buat comeback. Tapi dah macam posting bagi tutorial "Apa perlu korang buat kalau lame tak update blog" kan? #suchlike #tutorial

Sorry kalau words kali ni takmbest, dah lama tak typing is the only reason why. miahaha~
Happy Blogging Alls. Selamat Hari Raya Aidiladha jugakk.

*ROFL = Rolling On Floor Laughing

Sep 9, 2011

11 The PTPTN Yu-Yu-Em List

Tappin Lappy's Keyboard While Listening To:
I Never Had A Dream Come True by S Club 7.


Hullo peeps. Selamat pagi. Annyonghaseyo. Kamsahamnida. Mo Man Tai. Okay! Aku tak tau cakap korea. Aku tak layan korea korea ni. Bytheway, sorry lah, lame tak blogging ni. Dah seminggu dah kan? Hmmm, aku sebok sangat lah. Sebok maen game The Sims Social kat Facebook. Hey, ni dah kira biasa la ni. Aku kan jambu macam si pelakon korea. Kene lah maen game The Sims Social tu. #Kpop

Kelmarin, secara officialnya, duet PTPTN utk students Yu-Yu-Em masuk kat akaun Bank Islam. Ohh, heaven habaq hang! Rase macam #HaveADreamComeTrue. Banyak tak banyak lah. Ade lah dalam RM2k kot. Sebab baki akaun sebelum ni 45sen je. So, bile keluar reciept RM2000.45, means memang masuk RM2k lah. Ah,#pathetic sungguh. Tapi kitorang ni memang dapat duet bersih plus halalan toyyiban sebab Yu-Yu-Em dah creditkan duet kitorang yang didebitkan kepada akaun Yuran Pengajian + Hostel. Hahaha. Cakap pasal double-entry acct. Ni memang ayat budak accountancy yang takpernah dapat dekan. #LOL

So, dengan adanya financial aid dari government guna cable Bank Islam, aku dah siapkan 1 "List Menghabiskan Duit PTPTPU Sebelum Masuk Yu-Yu-Em Tercinta". Panjangkan nama list aku kali ni? Sebab memang 'kertas kepala agong' memang sangat diperlukan buat masa dulu, kini dan selamanya. Haha. Si penulis blog ni memang takpernah terima apa apa warna 'kertas kepala agong' sepanjang cuti tiga bulan ni. Nuffnang pun takpasang. Ini dengan tak sengaja menunjukkan yang aku tak keje sepanjang cuti sem ni. #EhYeke
1. Check Gigi. My biggest enemy yet until this moment. Bagi aku, biar saket hati clash dgn ex aku, drpd saket gigi. Mase exam Taxation Sem 3 hari tu, aku saket gigi. Menyebabkan aku kene repeat paper tu. Ohh, siyezly down. Bukan paper tu je kene repeat. Sampai 3 paper kene repeat. Semenjak dari tu, aku dah bertaubat. Every 6 months, dentist clinic is compulsory! Check gigi je dah RM40++.


2. Potong Rambut. Kekemasan adalah penting kerana dirimu begitu berharga. Ecewahh. Simple. Tapi still guna duit PTPTN. Kali ni nak buat mohawk. Jangan tekejut ye cik adik junior kalau abang Skrullz ptotng rambut tepi takde, tapi rambut yang tengah pacak menggunung. Gua rockers. Rambut kene lah style. Tapi gua 'rockers' takpandai main gitar. Kompang pandai lahh. Haha. Just potong dekat kedai keling, RM8-RM10.


3. Pos Motor Guna PosLaju. Petang semalam siap basuh dah motor taiko tai tu. Setiap kali hantar guna PosLaju @ PosMalaysia, mesti ade scratch baru dekat motor Nouvo yang dulu nya comel sangat tu. Skang, dah banyak scratch, menyebabkan aku bagi nama motor aku tu, 'TAIKO TAII'. Penggunaan  yang banyak. RM130-RM170.


4. Kasut Kuliah. Semua orang tau, undang-undang pakai baju dekat Yu-Yu-Em ni memang best. Kuliah mestilah memakai baju kemeja, tie, seluar slack, stokin, kasut kulit. Top-to-toe corporate suit. Sem lepas punye kasut dah jahanam tapak nye dah. Haii, kenapa lah dulu tak pilih masuk UiTM, boleh pakai ikot suke, jeans, kasut lagi lah tak kesah. Hmm. Cari yang paling murah. Take about RM60-RM100.


Dats all yang tersenarai buat masa ni. Ni pun dah cecah RM250. Rasenye masuk Yu-Yu-Em nanti tinggal RM1.7k je. Huhu. Sangat sedikit. Pesanan khas utk adik adik junior. Takyah nak mengorat abang senior awak yang sorang ni. Dia dah takde duit. Bajet howttt macam @andyhowt. #Okbai.

Sep 1, 2011

17 Salam Aidilfitri




       Salam Aidilfitri. Salam Merdeka. Salam Satu Malaysia (sambil angkat jari telunjuk). Aku mintak maaf bebanyak kepada semua muslimin dan muslimat sebab aku lambat up entry baru.  Raya ketiga baru terkial-kial nak taip entry baru. Maklumlah, orang guna broadband Celcom memang camni. Akhir bulan, nak publish post entry yang already dalam draft pown lambat nyahhh. #aww

       Hari tu aku dah cakap yang jadual raya aku memang ikot lagu Senario-Seminggu Berhari Raya. Raya Pertama, dengan keluarga. Ayah bonda maaf dipinta. Tapi aku dapat #duitraya jugak. Haha. Orang lain raya pertama sayu je pastu menangis mintak maaf dgn parents. Aku belum lagi sampai seru nak nanges sambil mintak maaf dgn parents. Tapi mintak maaf #duitraya, memang ligat. "Mama, tahun ni abang nak seratus boleh?" Haha :D

       Blog lain sume belumba nak letak gambar pagi raya. Tak #ohsemm pun blog aku ni kalau letak muke aku. Okeh, ini kena #admit, memang aku taksuke camwhore dan snap pixca myself walaupun ade DSLR. Sebab aku takpandai guna DSLR. Haish, ini lah pasalnye aku takletak gambar dalam blog comel huduh ni. Hey, what a #loser betol lah. Boooo.

       Tujuan utama post ni sebenarnya nak mintak maaf dekat kaum bloggers semua. Also readers yang very supportive. Also readers yang kene paksa datang sebab aku suruh korang singgah blog aku balik dekat dalam Shoutbox korang. Pfftt. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir kalau ade tercalarkan muka sebab main gaduh gaduh cakar muka, tarik rambut macam dekat WWE Divas. Maaf Batin jugak kalau ade tersakitkan hati para readers, followers dan #tahitwitter yang aku dah @Mentions kan.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Aug 28, 2011

2 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Cinq

#the story continues


Ramadhan 21

Hari ni hari Ahad. Selalunya menu sahur pagi Ahad memang sedap, tapi hari ni taksedap pulak. Tekak ni taknak masuk pulak makanan nye. Agaknye kene makan Strepsils kot. Sebab Strepsils tu sedap. Lepas tu, boleh nyanyi nyanyi kat tepi pantai sambil pakai baju ala ala Hawaiian macam dalam iklan dia tuh. Kan? Hahaha. Saya Nazryn dan saya mudah terpengaruh dengan iklan macam #budakbudak

       Pagi ni aku taktido. And guess what am i doin? Aku dengar lagu rayaaa. Semangat sangat nak raya ni. Selamat, selamat, selamat hari rayaaa! Tiba tiba terpikir seronok gila tiga bulan cuti sem duduk rumah diam diam. Habiskan quality time dgn family. Habiskan duit Mama sebelum nak raya. Habiskan makan dua bekas kueh raya walaupun belum raya. Hahaha. Tengok je lah betapa bersemangat nya aku ni nak raya. Saya Nazryn dan saya berumur dua-puluh-satu tahun dan masih lagi macam #budakbudak

       Hari tu kan aku dah bagitau siap siap kat korang shumeww yang Mama aku dah takniaga dah. Setiap hari adalah heaven bagi aku. Terasa syurgaaa. Mane tak nye. duduk rumah diam diam, sambil hadap laptop, maen game FB. Hahaha. Ni semua pengaruh Gadys dan sepupu kecik aku yang nak aku maen game FB. Aku maen "Top Eleven-Football Manager". Sape nak lawan team aku? Meh, aku invite tapi kalau kalah jangan menyesal. Kalau menang, jangan belagak. Sebab bagi aku, aku pemenang aku bukan pengalah. Haha :D

       Bbuka hari ni simple. Semua Mama beli siap dari bazar. Ikan bakar, Ikan Pais, Ayam Madu, Kerabu, Daging Palembang dan berbagai bagai lagi. Semua sedap. Tapi masakan Mama lagi super duper sedap. "Mama, abang dah bodek ni, emphasis kaler tulisan kat blog lagi. Duit raya taun ni double dr taun lepas boleh?" Miahaha. Ni lah namaya anak tak guna. #ramadhanpickupline


Ramadhan 22

Sahur kali ni Bella kejut. Lepas dia kejut, entah kenapa lepas bangun sahur still ngntok lagi. Hadap meja makan pun temenung tanpa bukak mata. Camane tuh entah. Aku maen tulis je, korang yang baca. Agaknya shaitan dekat kelopak mata ni banyak sangat kott. Eh, wait seminit, ade ke shaitan-nir-rojim puasa ni? #wondering

       Petang ni dah plan baekk punye dah nak pegi buat facial resdung tu. Tapi Mama mesej Acik Lia tu, dia asek bz je. Haish. Penat tunggu, bape hari dah ni. Ni yang nak marah niii. Haha. Over pulak kau ni nokkk. Aku raselah, nk raya ni semua kedai yang takde kaitan dengan Aidilfitri, sume Cuti Cuti Malaysia. Seperti yang di uar-uarkan Menteri Pelancongan M'sia. Ecewahh, aku ni, cakap pandai, bila tanye sape Menteri Pelancongan M'sia, gagap pulak nak jawab. #ROFL(Rolling On Floor Laughing)

       Malam ni takpegi #terawih lah, aku plan #shopping dah malam ni. Tapi hampehh, ape pun takdapat melainkan satu baju dalam warna hitam. Ehmm, i mean baju lapisan pertama yang menutupi seluruh badan bagi lelaki. Bukannya baju dalam wanita. Ni bukan blog lucah. Harap maaf. #updates


Ramadhan 23

Hey alls. Sir-lump-mud subuh hari semua. Mase sahur berjemaah dgn family tadi, topik utama keluar dari mulut Bella ialah, "Mama, adek malas sekolah lah pagi ni. Boleh tak?". By sudden Spontaneous Thursday Mama jawab, "Ikot suke adek lahhh". Haram betul. Budak sekarang kalau malas nak sekolah senang je. Adek aku ni one of SPM victim, diwajibkan sekolah bagi aku. Hey, dulu aku mase SPM takpenah ponteng pun. Mane aci! Anak bongsu mesti kene manja lebih. Benganglahhh. #DamnItsTrue

       Aku bangun tido hari ni tengok adek kesayangan aku dekat depan PC dia. Haiii. Berangin akuuu. Tapi nasib baik dia pasang lagu raya kuat-kuat. Alhamdulillah, semua dah mood raya. It's #enjoyable you knoww? So, aku takjadi marah. Mungkin sebab shaitan sume dah kene gari mcm Sarjan Misai gari si tertuduh dalam Gerak Khas kot, sebab tu lah aku takjadi marah. Mama pulak nyanyi nyanyi lagu raya kat dapur sambil basuh pinggan, ibarat anak dara nak dapat suami tua. Aku dah mula mengarut #crappythings

       Okeh, Bella dah makin pemalas. Ouh, aku boleh jadi #AngryBirds dah lepas ni. Dia sedap je tengok cerita Nikita kat TV9, Hingga Akhir Waktu dekat Astro Ria. Aku pulak sebok lah dengan pegi kedai; beli air batu campur, pegi bazar; beli roti john. Hadoi. Aku ni yang sulung, cuba bagi yang sulung pegang remote kejap. Bella yang bongsu tu ganti tempat aku pegi kedai. Bolehlah pegi Channel ESPN ke, StarSports ke, paling cikai pun, "Nadi Sukan M'sia", Astro Arena. #giggles

       Malam ni gua pegi #terawih woii. Gua guna bahasa wemmpitzz ni hoi. Gua nak cakap kat satu dunia yang gua pegi #terawih selepas DUA HARI ponteng. Haram kan? Dah lah menunjuk, bongkak pulak tu. Nasib baek gua tak riak, sebab gua buat 8 rakaat je. Haha. Jadilah daripada takbuat. Tu pun dah #alhamdulillah


Ramadhan 24

Assalamualaikumm. Pagi ni aku bangun bagi salam dekat semuaaa. Dekat Mama, Bella, semut dekat meja makan, cicak dekat atas decorder Astro. Emm, rumah aku bukan Zoo. Tapi, ape pun pendek kata, semua lah aku bagi salam. Haha. Sejak kelmarin lagi aku #addict dgn game FB ni, "Top Eleven-Football Manager". Pagi ni terus bukak lappy lepas sahur dalam pukul 5.45. Akhirnyaa, first league win setelah onak dan duri kutempuhi. Gunung tinggi kudaki, lautan luas kurenangi. One word; Hiperbola. #ppffftt

       "Bangun pagi, kesekolah. Dan mama beri sesudu besar. Scotts Emulsion sedap setiap hari". Itu dulu. Sekarang dah puasa. Yelah, aku bukan macam korang, Standard One dah puasa penuh. Aku ni ha, Standard Four baru puasa penuh tiga-puluh-hari non-stop. Darjah Empat tu, doa bbuka puasa pun takhapal lagi. But then, i'm glad, i'm a muslim who follow The 3rd Pillar of Islam; Fasting in Ramadhan @IslamicQuotes. Ni baru dedahkan secara umum untuk semua peminat peminat. Haha. Bajet #retis you alllsss. My #biggestsecrets

       Hari Rabu, memang kalau boleh aku taknak miss. Wordless Wednesday adalah SANGAT bermakna bagi diriku. Kerana diriku begitu beharga. Aku suke sebab currently, semua #WW aku guna gambar yang aku snap sendiri. Lepas tu, tambah caption sendiri. Todayyy, mangsa snappin' ialah headphone star kaler Hitam-Puteh kehidupanku. Aku tau, aku takpandai main exposure, aperture, shutter sume tu. Tapi, at least aku cuba blur kan gambar belakang with source of lights from Allah; Nur El-Syams (cahaya matahari). #IAmGrateful


Ramadhan 25

Today's Menu for Sahur is simple, but perfectly seasoned, moist, nice and tender lovely great looking dish. Which is Telur Dadar dengan bawang merah dan ajinomoto. Haha. Ade gaya Five Star Michelin Chef  #MasterchefAustralia talk the talk tak? Fine, it's gonna be a disaster bila aku cakap camtu. #tongueout :p

       Bella pegi sekolah semalam and dapat duit sebab belakon jadi ekstra dekat sekolah dia weekend hari tu. Dia jadi actress ekstra ni dia canang satu pulau pinang habaq hang. Dia siap habaq kat cheq, dia nak frame duit RM50 dia jadi ekstra belakon dengan Nora Danish #gojes tuu. Nama drama tu "Doa buat Dhia". Bulan November ni dok tayang lah kat TV. TV mana, aku taktau. Kalau nak tau, tanya dia sendiri. Nah no fon dia, 0173...... Hmm, number fon adek sendiri takhapal. Nasib baek doa qunut hapal. Haish! #pathetic

       Thinking too much. Small word = OVERTHINKING. Aku nak publish malam ni ke esok? Publish macam ni kang cam besusun susun entry baru. Membuatkan ia menjadi sangat tidak kemas, dan tidak teratur. Tapi takde beza publish cepat ke lambat. Aku bukan Blogger terhebat di abad millenium ini. Dasawarsa kini, ramai blogger yang taktau camane nak tulis entry yang membuatkan orang lain baca. INCLUDING ME. Saya tidak terkecuali. I am not except. Haha. Terabor ayat english. Abaikan. #freelancewriter

#to be continue

Aug 27, 2011

8 Segmen: Tak Sabar Nak Raya

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To :
Seminggu Berhari Raya by Senario .

Aku excited nak raya. Personally, sangat excited. Walaupun takde sape sape tag (Wunny tak tag aku) #sulking, tapi aku nak jugak buat. Hahaha. Karakter alter ego.

Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna ?
  • Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna Biru Nila Pekat Ya Amat ala-ala Merahnya Makngah Birunya Pakngah.
  • Sepasang dengan seluar sebab aku takreti nak pakai kain batik lepas.
  • Sampin murah ala-ala Pengantin Baru pun bertemakan warna Biru Nila Pekat Ya Amat.
Lokasi pertama anda kunjungi untuk beraya ?

       Lokasi pertama yang akan aku kunjungi untuk beraya ialah rumah nenek belah Papa sebab;
  • Hanya mengambil masa 3minit untuk sampai kerumah nenek. (sebelah rumah)
  • Sebab selalunya ramai sedara-mara belah sini. Me-mungkin-kan, collection duit raya bertambah secara pukal. Okay, i'm 21 y.o, and still dapat duit raya. ^^Y
Makanan kegemaran anda di pagi raya ?
  • Lemang.
  1. Lemang pertama; cicah daging black pepper.
  2. Lemang kedua; cicah rendang ayam.
  3. Lemang ketiga; cicah kuah kacang.
  4. Lemang keempat; cicah rendang kerang.
  • Ketupat palas.
  1. Ketupat palas batch 1; makan dengan masak lodeh plus kuah kacang.
  2. Ketupat palas batch 2; makan dengan masak kicap ayam.
  3. Ketupat palas batch 3; makan dengan rendang ayam.
Okeh, cukup untuk sepagi raya. Baru kenyang. Brrrpp.

Lagu raya yang paling menyentuh hati ?

       Seminggu Berhari Raya - Senario.

Berapa rumah anda akan kunjung pada hari raya pertama ?

       Standard range ikut Math Mode Form Five; pegi beraya hari 1st sambil tunjuk baju raya baru agak banyak. Dalam 10-15 rumah. Tu pun kalau takpenat. Kalau penat, sikit lah. Hahaha.

Berapa pasang baju raya anda ?
  • Raya pertama satu pasang.
  • Raya kedua satu pasang.
Adakah anda seorang perantau ?

       Tidak. Bukan lah seorang perantau, pensantau mahupun pemantau peperiksaan.

Di pagi raya , part mana anda paling sedih ?

       Takde part sedih. Mintak maaf dengan makbapak pun takboleh kuarkan air mata. Aku dah cuba dah sejak dua tahun lepas, tapi takboleh jugak. Jangan lah salahkan aku. Tapi kalau clash dgn gf, boleh pulak bejurai jurai air mata kuar. Haish. #shiallah,ptuih

Menu di pagi raya dirumah anda ?

       Banyak. Sebut je. Semua ade. Meh aku listkan.
  • Kuah Kacang
  • Kuah Lodeh
  • Daging Black Pepper
  • Rendang Ayam
  • Rendang Kerang
Haha. Banyak kan? Belagak siket, pe salahnye kan? Mama amek tempahan tiap tahun. Duit tempahan tu selalunya bagi kitorang dua beradik sebagai duit raya. Miahaha. #loveydovey

Kampung Ibu / Ayah anda Raya tahun ini akan anda balik ?

       Dua-dua balik. Belah Papa, 3minit perjalanan dari rumah. Belah Mama, 10minit perjalanan dari rumah. Semua dekat Tanjong Karang.

Tag? Malaslah. Aku rase takde sorang pun kawan aku yg berumur 21 tahun yang excited nak raya. Aku je sorang yang excited sangat. #sobsob. Tapi aku rase IkaSub, Odah dgn Yana semangat nak raya taun ni. And Link to this blog: Azmira Yusof. Babai, #quickupdate!

Aug 24, 2011

8 # 6 Wordless Wednesday


Aug 21, 2011

19 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Quatre

#the story continues


Ramadhan 16

Sahur hari ni same je macam sahur Ramadhan 11 hari tu. Tak ingat aku sahur ape? Korang tak Keeping Up with Kardashians Diari Ramadhan Nazryn la ni? Okay, takpe. Aku pasrah. Blog buruk ni sape sangat lah nak tengok. Entry pun panjang, sape je lah nak bace. Today, sahur yang paling senang di dunia ye kawankawan. Telur goreng dgn nasi je. Dgn kicap sekali, penting tuhh! Ceh, bajet bujang sangat lah konon nye, padahal duduk ngn family bulan puasa ni. Haish. #bajet

       Monink alls. Pagi ni usual as always. Bangun lambat, tolong Mama masak untuk niaga lauk petang ni kat bazar ramadhan. Actually, aku memang enjoy bab tolong menolong amalan mulia ni. Maybe sebab ade darah tukang masak, so, i am like cooking guy on the family. Masak simple simple kemelayuan-satu-malaysia tu boleh lah. Tapi kalau Michelin Five Star Cooking Chef punye service dish, yet to be kot. Haha, #perasan lah ai ni. Haish, ni sume penangan #MasterchefAustralia

       Evening session of the day sangat typo. Setiap hari yang sama. Haiii. Penat lah tido ni kadangkadang. Plus, ade hujan yang turun bagaikan mutiara pulak. Haihh, makin sedap lah begolek atas katel, ibarat filem hindustan gituww. Malam ni takpegi #terawih sebab kene buat second session treatment resdung dekat butik semalam. Hari ni punye treatment kurang siket pedih kalau nak compare dgn semalam. Kalau semalam punye, #Allah je lah yang tau pedihnye. Resdung ni memang menyusahkan. Kalau tak buat treatment, bersin takhabes habes. Kalau buat pulak, menghabiskan duit. #SickOfIt



Ramadhan 17

"Mama buat Ho,ho,ho Horlicks ke?"; "Ye, Mama buat, nak bangun sahur tak?". Okay, #damn seriously, dialog ni memang tak pernah wujud dalam family aku. Kalau dulu kecikkecik ingat lagi, tak pegi #terawih semata mata nak pegi MiniMarket, beli 6 Mini Box Koko Krunch, Trix, HoneyStars ngn Milo tu. Lepas tu, beli Nestum. Minum pagipagi. Letak susu ibu pekat. #YummyTummy

       Pagi ni aku taktido lepas sembayang subuh, aku terus je hadap lappy. Padahal malam tadi baru Kak Lia tu pesan jangan hadap lappy lama lama. Bila mata rosak, resdung makin teruk. Sebenanye aku takpaham ape hubungan lappy dgn resdung(sigh =.="). Pagi ni banyak cari lagu baru dari 4shared. Tengok charts Top 100 dekat Billboard. A very entertaining morning! Lighters [ft. Eminem] @BrunoMars #np

       Petang tadi aku stay dekat kedai Mama. Tolong tolong jualkan lauk. Analisis pressure meningkat bile customer ramai adalah pada pkul 5-5.30 petang. Lepas ibuibu bapakbapak amek anak mereka dari balek sekolah agama. Sangat giler ramai youu alllss. Lepas tu time ni lah customer sume nak beramah mesra. "Ni anak yang sulung ke?"; "Ko study kat mane bang?"; "Kat sane ade gefren dah ke?". Aigooo. Nak je aku bilang, "makcik, takkan taknampak saya tengah sebok ni, kot ye pun takkan nak soalan personal". But then, this is why living in village is wayyyy better than town! Semuanya peramah ya amattt. #thisiswhy

       Bbuka dgn family is always being #TheBestFeelingIEverHad. And apparently, this time around, bbuka puasa kat kedai tempat Mama. Okeh, aku list down kenapa bukak puasa kat kedai lagi best. 1st; Makcik jual kueh yang tak habes, sume sedekah kat sini. 2nd; Ayam Madu yang sedap tu, boleh dapat RM1! 3rd; Sorang bukak puasa, sume kelamkabut bukak puasa jugak kalo takde azan. Hahahahaha. Fine, aku tau korang tak gelak. #pityme


Ramadhan 18

Azan subuh dah pun berkumandang. Pagi ni macam taksahur pun ade. Ntahlah. Bangun dengan mamai (dalam keadaan xsedar), makan xsedar pape. Lepas azan tadi ni, barulah sedar siket. So, perut ni rase macam tak terisi apa apa pun. Aduh, ini sangat menjengkelkan. Tahan ke puasa ni? Hahaha. Do remember, I'm 21; Islam; In A Relationship. And have reached puberty. So, fasting is compulsory. One of Five Pillars of Islam: Fasting in Ramadhan by @IslamicQuotes

       Mood terabur siket hari ni. Ntah mane mane sepahnya tak tau. Bukanlah sebab datang bulan macam Gadys. Tapi sebab perut tak penuh. Malas nak begerak. Takot bile begerak nanti tenaga nasional makin siket. Ah, malas malas si pemalas, malas lagi si pemalas yang malas. Haha. Same je tu. Tak payah tunjuk alim sangat nak bace entry aku ulang ulang. Kalau bace ulang dari awal takpe, sambil tu refresh refresh skali. Harap harap naek pageview aku. Lets keep #fingerscrossed. Eh, btw, Mama kesayangan aku tak niaga hari ni. So, jangan nak tanye kenapa. Sebab Mama adalah tokey. She have rights to make decisions. Hahaha. Bekap mak nampak? Meme lah, aku sayang Mama aku. Oh, #suweeeet!

       Malam ni sempat lah pegi #terawih. Walaupun masjid blackout. Electrician masjid siap datang bawak beg besar lagi nak betulkan sistem pendawaian (ayat lengkap) masjid lagi. Siyez beg besar yang boleh sorong tarik tu. Alahhh, macam mak ayam andam tu. #Terawih pun mule lambat. Nasib baek masjid aku masjid paling power. Ade generator. Cukup lah untuk pasang microphone imam dengan lampu siket siket supaya takgelap sangat.


Ramadhan 19

Bangun sahur macam budak tekejut pagi ni. Haha. Sampai Bella pun tegelak. Gelak lagi, hahaha. Makanan bersahur hari ni adalah nasi dengan telur gorang and kicap. Sekali lagi. Actually, kadang kadang sedap jugak bile buat telur hancur macam omellette gituww.  Tapi kalau tak suke, aku ade satu tutorial masakan untuk korang. Nah link nya! Jangan pelik entry dia 20 Ogos, sebab aku edit balik before publish untuk menyedapkan ayat! Winkwink! Ni semua untuk readers tersayang. Muwah, muwah! Okeh, dah puas mengampu readers. Semua Untukmu @Anuar_Zain #np

       Tup tup tup, hari ni dah 10 malam terakhir. Sebab kite puasa 29 hari je. So, today maybe #LailatulQadr. Namun, hakikat menyedari 10 malam terakhir je tak berguna jugak kalau tak buat pape. Haish, gampang lahhh! Eh, tercelupar pulakk (:p). Ape hal pemalas sangat aku pun tak tau lah. Takpe takpe, malam ni berubah lah kot. Pegi #terawih tiga-puluh-rakaat. Hahaha. Melampau sangat lah tu, #terawih 20 rakaat je lah bang oi, kalau nak sampai tiga-puluh-rakaat, buat lah witir banyak banyak. #frustwithself

       Petang tadi aku tolong Mama tau. Ye lah, nak tambah pahala 10 malam terakhir. Tapi tolong bagi idea je lah. Masak Chicken Black Pepper using Maggi Black Pepper Seasoning. Ohhsemmmm! Memang faveret lah. Sedap dan mudah disediakan, cuma tambah sedikit air, bawang dan daun bawang. Ni bukanlah iklan Nuffnang ye readers. Ni iklan buat sendiri, mane tau boleh jadi duta Cow and Calf pulak nanti. #harapmaklum

       Sebenanye aku perasan yang dari semalam lagi mood aku kelaut. Ntahapehape aku cerita sampai tak masuk tajuk "Diari Ramadhan Nazryn" langsung, semua citer random random je. Okeh, aku memang macamni kadang kadang. So, #dealwithit. Haha, taklah. Harap korang boleh paham lah penulisan aku yang dapat A mase SPM hari tu. Okeh, fine, aku memang suka menunjuk. Pfftttt. Bella pulak dah tanye tanye bila nak pegi shopping raya. Sebenanye aku pun taksabar. Bila lagi nak beli baju raya? Kan? #Eid


Ramadhan 20

Singgah Selamat Sahur semuaaa. Aku rasa iklah Wrigley's Chewing Gum tu tak kene langsung. Kunyah selepas sahur, kesegaran nafas berpanjangan lah bagai. #InMyHumbleOpinion daripada dia bazirkan duit juta juta dekat iklan @TV3 tu, baiklah dye bagi customer dia sorang seringgit buat duit raya. Sama je. Habis juta juta jugak. Lagi bagus ambik hati pelanggan daripada memujuk pelanggan. Okeh? This is marketing strategy baybehhh! #ThisIsHowItWorks

       Subuh ni aku tak tido. Seronok mendownload lagu raya! Semua download dari 4shared. Ade jugaklah dalam 25 lagu raya. 25x3MB per song=75MB. Patutlah cepat habes quota Broadband engkau Naz! (sigh =.="). Download entahapehape je. So, kalau nanti takupdate blog jangan marah yaa. Mama pulak kate yang dia malas nak niaga dah. Takde makcik makcik Expert nak tolong dah. Ok, aku sedar yang aku ni Amateur. Takpun Beginner. Haha. Dahhh, mula masuk level macam dalam game dahhh. #PES2010

       The most simple way to wrap up your fasting day, with break-fast Ayam Masak Kicap. Haha. Aku suke giler masak kicap ni sampai boleh bawak dalam mimpi semua. Okeh, kalau nak panggil aku hantu kicap pun aku sedia menerimanya. Ecewahhh. Mencik lahhh. Tasuke tasuke. Ewww. #Gewdiknye engkau hari ni. Malam ni hujan. So, nak pegi #terawih pun serba salah. Ceh, Ptuih! Padahal nak tengok Liverpool menang lawan Arsenal. I'm one of the Reds dekat Malaysia ni. So, sape sokong the Reds jugak, sila follow saya. #YNWA


#to be continue

Aug 14, 2011

15 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Trois

#the story continues

 

Ramadhan 11

Hyep alls. Selamat subuh! Emm. Maksud aku selamat imsak sebelum habis subuh. Sebab tyme aku update entry ni, belum pun azan subuh berkumandang. Ecewahh. Btw, malam tadi walaupun dah topup, tapi kitorang still gune Skype! Sebab dah dua hari fon tak berkredit. So, dah terbiasa berSkype! Haha. Sempat lah flying kisz bagai malam tadi. Haha. Sahur hari ni mcam tak sedap siket lah sebab makan telur gorang je. Haish. Ni sume sebab lambat bangun. Mimpi Skype dgn Gadys. #ihadasweetdreams

       Hari Khamis yang pelik, sebab first tyme Mama takniaga hari Khamis. Selalunye, mesti niaga kecuali hari Ahad. Tapi takpelah, at least sume orang boleh rest panjang panjang sampai takhengat duniaa. Ceh, rugi bangun awal. Kalau tak dah boleh try tido kuak lentang, kuak kupu kupu mahupun kuak dada atas katel lama lama. Haha. Walaupun didunia realiti, takpandai berenang langsung. #confessionofabrokenheart

       Petang yang panas terik yang amat! Aku rase kalau aku minum 5 botol Air Isotonic 200Plus pun aku still jugak haus. Tambahtambah ni bulan puasa. Rasa dah macam siputbabi kurang air sambil mengesot diatas jalan tar! Scientifically, hipotesisnya: Semakin lambat waktu bbuka, semakin perlahan pergerakan. Aduh, sembayang pun jadi lemah gemalai je. Ala ala Ustaz yang alim tengah sembayang dgn khusyuknya. Pffffttt. Padahal, HAUS+PENAT=TAKLARAT, bukannya khusyuk. #pathetic

       #Alhamdulillah, 7.30 minit malam dah rupanya. Azan maghrib pun berkumandang menandakan waktu berbuka puasa bagi seluruh Zon II: Selangor terutama di kawasan Tanjong Karang. Fuhh! Bergaya sangat hari ni sebab dapat completekan puasa time hari yang paling panas di bumi Selangor ni lah. Makanan sangat perfect hari ni, Nasi Ayam lagi! Haha. Hilang kempunan aku buat kali kedua. Malam ni malam Jumaat. Yaasin sometimes compulsory bile ade mase free. Rase macam dah lame tak bace Yaasin. Haish, ape lah nak jadi dengan kau ni Naz. Sangat jahil lah. Late night, Gadys tanye "penuh malam ni?". Yang mampu direply, "#alhamdulillah!". Tu dyaa, ayat budak baru balek masjid. Plus, saya muda lagi. Emm, sila vote saya, Imam Muda Nazryn! Haha.


Ramadhan 12

Good dawn everyonee! (dawn=subuh, mcm salah je. =.=") Iya, subuh subuh kayak gini, sepaling sesuainya kita jamah nasi ayam sebagai hidangan bersahur yaa. Haha. Sedap banget dehh! Kayaknyaa masih terasa saus tomato dibuatin sama Mama sampai sekarang walaupun udah abis waktu imsaknyaa. Ya iyalah, saus hidangan paling enak diduniya. Haha. Saya rasa saya macam Vano dalam citer Nikita bila saya cakap Indon!  #omg @tv9malaysia #dekatdihati 

       Hari ni Mama niaga balek lepas semalam takniaga. Barang semua habis. Kene pegi pasar awal awal sebab takot lauk habes nanti. Plus, Mama kate tade mood hari ni nak masak. Papa buat hal lagi. Haish, orang tua ni susah lah. Kejap itu lah, kejap ini lah. Dah dah, lupakan je. Oleh kerana Mama cam malas masak hari ni, Mama masak siket je lauk hari ni. Dalam 8 jenis je. Plus, siap masak sume pun pukul 4.30. Orang lain sume dah tegak payung dah ready nak niaga. Lagu Indon: Pelengkap Hidupku #np

       Balek rumah, rehat kejap. Tibetibe, Gadys mesej. Agak #weird sebab dye sangat memahami keje aku kat umah ni and hanya mesej bile sangat memerlukan. Rupanya dye muntah. Ohh. Sangat sangat kesian sebab dye memang taksehat dari mula puasa dulu. Memang sangat obvious saket yang dye ade lepas balik dari UiTM Bandar Melaka tu. Hmm. #seriousone

       Hari ni bbuka macam biasa, tapi lauk semua beli eventhough Mama niaga. Semua ni sebab Mama buat siket je hari ni utk niaga dan #alhamdulillah, semua habis. Harap harap rezeki Mama makin dipermurahkan. Aminnnn. Malam ni pulak rase cam ngantok sangat. At last, aku tido awal dlm pkul 8.30mlm camtu, sebab hujan, tak dapat nak g #terawih. Dgn Gadys yg still saket, aku tido mcm takde rase serba salah. Haiyoo. #neverbebyherside
 

Ramadhan 13

4.50pagi: Bangun tido. Tibe-tibe tesedar belum sembayang Isyak. Haha. Tido awal kan semalam. Haish. Cepat cepat pegi amek wuduk. Bella pun tak kejut malam tadi. Kalau tak, boleh mesej mesej dengan Gadys siket. Tanye dye camane malam tadi. Sehat ke tak. Dah siap menunaikan Fardhu yang lambat, tengok fon, ade 3 mesej 1 misscall je. So, kalau siket tu means mcm tak memerlukan aku lah kan? Atau dalam bahasa mudah, Gadys sehat #alhamdulillah malam tadi. Fuhhh! #relieved

       Last nite aku tido awal kan? Majuklah si Gadys , and lepas sorysorysory sume ngn beliau, stil jugak xmaw maafkan. Haiyoo. Ajak lah baybeeboo itu Skype. Semata mata nak pujuk. And aku admit, orang tak pandai pujuk guna ayat manis macam aku ni, kene buat action yang humor siket dekat Skype. And sometimes, it works! #tipspanda. Tapi kali ni, trick Skype pun tak jalan. Haha. Padan muka kau Naz. Lepas tu miscall sume pun tak jalan. Hmm. Memang merisaukan dgn keadaan Gadys yang takberapa nak sehat puasa ni. #worried

       Kalau minggu lepas, Aunty dr K.L yang datang, minggu ni, Aunty dari Perak pulak yang datang. She's single mother with 3 daughters. Hebat dan mempunyai #jiwaraga yang amat kental gituww. Macam aku lah, blogger yang takpayah pakai Nuffnang mencari rezeki. Tanpa Nuff's aku boleh hidup, and apparently, menunjukkan #jiwaraga aku kental! Follower pun siket. Haha. Kentalkan aku berbelog? #smellsliketeenspirits

       Malam ni, sgt susah kerana memujuk wanita bukannya mudah. Absolutely tough-est thing i've ever done. Sesungguhnya, buat Kunci Kira Kira lagi mudah dari memujuk wanita. Tolonglah percaya. First time aku cakap buat akaun lagi senang dari semua bende dalam dunia ni. Mungkin peristiwa ni membuatkan aku rasa jadi akauntan lagi senang dari jadi anak ikan mak datin yang sentiasa kene luahkan katakata manis dekat mak datin tu. #susahsangat


Ramadhan 14

Hye peeps. Waktu sekarang dah pkul 8.30 pagi. Yup yup, aku tak bangun sahur. Harem, sorang pun tak bangun sahur hari ni. Maybe semua orang dah kene spray dgn ubat nyamuk Shieldtox, tak beri peluang (sila baca dalam intonasi iklan Shieldtox!). Haha. Dan seperti biasa, hari Ahad, Mama tak niaga. Rehat lagi. Jyeah!

       Today, on this early monink, aku tade ape ape nak buat.  dah setel malam tadi. Fuhh! #relieved. Hari ni memang mengadap TV aje lah jawabnye. Tambah pulak hari Ahad, Bella ajak geng lah tengok StarWorld. Pagi, Junior Masterchef-MasterchefAustralia-Junior Masterchef (backtoback). Bende ni je lah yang StarWorld ulang-ulang sampai tengahari. Plus, suka tengok slang Australian-British English. Pronounce Today(hari ni) jadi To-Die(nak mampos). Hahaha. Penat gelak bulan puasa. Haish. #RamadhanAlMubarak

       Malam 14 Ramadhan dah. Cepat je masa berlari berjalan. Malam ni aku tak g #terawih,sebab tengok #MasterchefUS Gala Premier. Kitorang satu family dok tengok Masterchef dari pagi sampai ke malam. Naik lah rating viewers dekat StarWorld tu. Tapi rating pageview aku taknaik naik jugak. Haha. Penat promot sane sini. Ping sane sini. #apepuntakboleh


Ramadhan 15

It's Monday-day. Pagi ni, aku bangun dengan bantuan alarm henfon yang amat kuat. Siyez sangat #loud. Dapat ringtone alarm ni ntah dari mane pun tak ingat. Rasenye dari mobile9. Ah, lupekan tu sume. Pagi ni kite sume makan yang bese bese je. Takde pun makan sedap sedap macam hotel 5 bintang atau makanan yang dibawa khas dari #singgahsahur. Haha. Btw, makanan #singgahsahur tu nampak macam sedap kan? #yummy

       Bangun tido, sangat lambat. Dalam pkul 11 gituww, tapi tengok kete Wira still ade kat garaj. And apparently, menunjukkan Mama tak niaga. Takpe lah, maybe Mama nak dayoff penat sangat kot. Semalam pun Mama ade cakap cakap yang penat niaga. Kelebihan keje sendiri, boleh cuti anytime anyday. Jadi anak tauke pun senang. Haha. Bangun tido je, Mama ajak pegi buat facial resdung dekat tempat baru. Mama kate kenal makcik yang nak repair resdung aku ni. Butik Lia Andaman. RM65 per session. Pakej 10 session + 1 free session = RM650. Iklan and Promotion ni tidak berbayar. However, aku akan mintak royalty lepas ni. Ye Makcik Lia? Krisis takde duit pocket! Haha. #pathetic

       Tadi aku kate anak tauke senang kan? Yup, memang sangat senang. Petang ni, maen game je keje aku. Aku tak pandai maen DOTA, tapi aku maen game which the most influential game on the earth, Football Manager. Padahal dah berabad dah game ni tak tukar interface. Tapi still menarek minat nak maen. Ntahlah, tapi macam ade satu bond dah dengan game ni. Rase tak boleh tukar hobi maen game Form Five dulu, Sally Spa @ Diner Dash. Sebab dah malas nak layan atok dengan nenek yang masuk Sally Spa tu. Banyak songeh! Haha. #complicated

       Tuunyte, saya sangat malas. Takde wat pape. Dan takdepape nak dibuat. Mama nasihatkan jangan pegi #terawih dekat masjid dulu. Sebab carpet sembayang kat masjid tu kadang kadang belum vacuum. Takot belum habes treatment resdung 3 session, saket hidung semula sat lagi. So, ikot lah kata Mama tanpa menderhaka. Walaupun niat sebenar nak pegi #terawih malam ni. #nunytez


#to be continue

Aug 11, 2011

12 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Deux

#the story continues


Ramadhan 6

Hari ni hari sabtu. Bangun bangun je tengok henfon. Macamlah ade notification paling penting sangat dekat fon tuhh. I bukan #retis you allls. I hanya blogger biasa yang takde fan page Facebook dan tak boleh generate duit dari Nuffnang sebab dah takmau letak advs. Takdelah dwet raya taun ni. Ceh! Macam lah penah dapat B.E dari Nuffs. #sobsob

       Hari ni sahur, aku bangun dulu dari semua orang. Tetiba rase cam ade orang kejutkan. Huh! Scary aite? Tapi takpelah, at least boleh jerang air dulu. Nak buat air neslo sachet yang sedap #ya amat tuuuu. Keje panaskan lauk lauk sume memang keje Mama, aku xnak kacau. Ceh, padahal pemalas. Mengaku je lah. Sahur macam biasa. Makan ayam jugaklah sebab tanpa ayam, takde protein, so nanti taktahan puasa. Haha. Dah dua-puluh-satu-tahun pun still nak sahur demand demand ayam goreng. #annoying

       Pagi ni, Mama kejut. Ajak tolong dekat tempat niaga. Okeh, siap siap mandi sume terus lah naek kete Wira Hitam itu. Buat bende biasa buat, sebab hari ni Makcik Ila lambat siket datang, ade urusan bahagikan tanah wasiat dekat Kuala Selangor. Maybe sampai petang , so then, aku ngn Bella je lah tolong. Bella pun ikot sekali sebab dia pun #cuti sekolah hari ni. So, keje dapur, dak pompuan takboleh #malas. Tapi pergerakan zahir masak memasak hari ni sangat lambat. Yelah, yang tolong bukan budak budak yang pandai masak. Kitorang ni tengok #MasterchefAustralia je, bukan pandai masak. #budakbudak

       Tadi, Aunty dari K.L call Bella, katenye dah #ontheway nak kesini. Sebab nak bukak puasa dengan nenek. Maklumlah, rumah nenek sebelah umah aku. So, pape information kene bagitau umah sini dulu. Katanye dalam pukul 4 sampai lah. Tapi pukul 4 taksampai sampai lagi. Haish, dah bagitau nenek dah. Jadinye, nenek dok ttunggu tunggu lah anaknye balik dekat tingkap tu. At last, nasib baek sampai pukul 6, katenye pegi pusing bazar dulu. Anak aunty, Aiman dengan Kimi rapat sangat dengan kitorang adik beradik ni. So, bile dapat balek umah nenek, dyorang pun hepi dapat balik umah aku. #budakbudak

       Berbuka hari ni pulak macam biasa je. Still ngn family. Family aunty bbuka ngn nenek harini. Biasa jugak bbuka roti john, air asamboi, nasi, ayam madu yang enak bangett, etc, etc dan etc. Siap bbuka, lepas sendawa macam baru lepas makan anaconda goreng cili api, tak tunggu, terus update blog. Update post ni lah! Haha. Tulis punye panjang, sembayang maghrib pun lambat. Haish! #apenakjadi

       Dah tengah malam rupenye dah, ni baru nak update xtvt malam pulak. Malam ni pegi #terawih mcm biasa. Takdepape yang menarik. Moreh pun tak ikot. Malas lah.  Malas sangat sangat. Ecewahh! Cover konon, padahal buat 8 rakaat je. #pffttt


Selamat malam sayang, selamat malam kasih, selamat malam sayaanngg. @faizal_tahir


Ramadhan 7

Selamat pagi pampers! Emm. Kite takpakai pampers ehh. #yeke Hokayyy, selamat sahur semua. Aku dah pun siap sahur pagi ni. Bangun perfect. Makan perfect. Minum perfect. So, takde pape yang harus dijadikan alasan untuk tak berpuasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak iaitu bulan yang mulia ini. Dihari mulia inii, ku susun sepuluh jariii. Haha. #tibatiba

       Morning guys. Alangkah bahagia hari ni. Hari ni hari Ahad. Mama tak niaga. So, bolehlah rehat secukup cukupnya hari ni. Sebab mengikut statistik customer hari ni, macam takramai. Boleh lah tambahkan follower amal, blogwalk berzikir, etc. Eh, eh, tengah blogwalk dekat blog Syaza Kelyza, sangat jelez sebab Mama dia masak nasi beriani semalam. Aku mane boleh kalah, request kat Mama buat Nasi Ayam paling sedap di dunia untuk bbuka puasa hari ni. #alwaysawinner #neveraloser

      Taksedar, petang dah. Penat melayan sepupu sepupu ni. Walaupun masing masing dah Form 2 n Darjah 6 dan dah pandai cakap Redtube, etc, etc, (biaselah, budak K.L) tapi still perangai #budakbudak. Aku ngn Bella pun kene lah layan je. Nak buat camane aku yang dah dua-puluh-satu pun still playful dok main main dengan budak kecik sume. Plus, muka aku ni muka penyayang ade nur kasih yang sangat bergemerlapan gituwww. Kan Gadys? Dats y budak kecik ni senang melekat. Ecewahhh. #bajet

       Kali ni, bukakpuasa sampai malam, aku update sekali lah. Bukak puasa tadi bbuka Nasi Ayam! Pergh, nasi ayam Mama memang paling sedap. #confirm kalah The Chicken Rice Shop Bukan Sekadar Nasi Ayam kekokkk kokkkk(bunyi ayam dalam iklan). Sos tomato cicah ayam tu memang sedap sampai aku rase dah sama tahap dengan @IronChefSakai punye standard! Makan sampai kenyang nak mampos, bangun dari kerusi makan sampai ke sink dalam keadaan perut penuh macam tengah ruku'. Oh! itu sangat #hiperbola. Malam pulak, ade chat Facebook dgn Yana sebab nak mintak ajar camane buat header flash. Lepas tu, logout Facebook and terus g #terawih. #gudnite


Ramadhan 8

Mulakan pagi subuh anda dengan secawan Nescafe? Kite alter siket tagline Nescafe sebab sekarang bulan puasa. So, pape pun kene gune ayat "subuh" sebab sahur. Yupyup! Again, aku mulakan sahur aku dengan sempurna dengan dua cawan Nescafe© Menu NESLO! Plus, makan nasi ayam semalam yang Mama sempat panaskan. Memang ho liauu lahh! Okay, sume ni psikologi supaya berpuasa penuh setiap hari. #nice

       Rupanya dah seminggu lebih dah aku kite puasa. Tapi baru bape malam je aku #terawih. Hmm, sayang sangat sebab #terawih bulan ramadhan ni je lah ade. Tapi takpelah, mulai malam ni, aku berazam supaya dapat #terawih sampai akhir bulan penuh 21 @ 23 rakaat! Okeh, pagi ni bangun tido awal siket. Pukul 9.30 dah bangun tido, bangun terus terpikir pasal #terawih, pelik pelik. Maybe dosa banyak sangat kot. Tu yang terus terfikir tuhh. Ni baru mandi, terus update bende ni. Mandi pun pukul 10.30. Kire same lah macam biasa. Takberubah punnn. #apenakjadi

       Petang ni panas menggelegak! Adoishhh. Hitam kulit i, youuu. Dah lah memang semulajadi hitam manis, takkan nak jadi hitam bontot kuali kot. Lepas siap tolong Mama kat kedai and Acik Mis takeover tempat aku, balik dengan penuh kehitaman. Masuk masuk rumah je, mata hitamm je. Walaupun tu effect biasa, tapi aku still nak citer! Kahkahkah. Boleh kan? Boleh kan? Tapelah, ni diari personal saya. Tapi jangan lupa comment! Pemintak comment walaupun entry takbest! #pathetic

       Okeh, update tengah malam yang hening ni, memang menyeramkan. Ade bunyi sang anjing menyalak kat luar rumah. Haish, anjing ni nak curik kasut lagi lah tu. Taun lepas dah dicuri, digonggongnya pulak tu, lepas tu tunjuk depan pemilik kasut: Papa. Memang kene baling kuat lah dengan batang kayu buat pacak pelita tahun lepas. Takpe, tu citer taun lepas. By present, nothing special lah malam ni. Still 8 rakaat. Masih mencuba menguatkan lagi daya ketahanan badan. Lepas ni kene minum @Yakult lah, lepas banyak bakteria baik dalam badan, baru boleh #terawih 21 rakaat! #ppfftttt


Ramadhan 9

Setelah dikejutkan dari mimpinya, Nazryn terus meluru ke dapur untuk mencari makanan bersahur. Haha. Hari ni Mama lambat siket. Baru nak goreng goreng. So, sempat lagi masuk bilek, tengok fon kot kot Gadys mesej. Sebab malam tadi masing masing dah takde kedit. Lepas tu, tido terus je. Cuti ni masing masing takkeje. So, takde duit lah nak topup. PTPTN pun dah habes mase study hari tu. Gadys dduk kat UiTM Bandar Melaka. So, hard lah nak jumpe, dwet pun cepat habez coz aku dekat Yu-Yu-Em Kedah. #finishalready

       Selamat Hari Selasa. Takde apa yang special lah hari ni. Bagus jugak. Takde lah korang penat nak baca esei SPM 2007 calon BC065A013: Muhamad Nazrin ni. Haha. Jangan gelak. Memang aku engt lagi angka giliran SPM aku 4 tahun lepas. #giggles

       Malam ni aku #terawih pecah rekod utk taun ni. Full House! Dengan khusyuk dan tawaduknya, habis lah jugak Full House after 9 hari puasa. Akhirnya kau berubah jugak Nazryn! #alhamdulillah


Ramadhan 10

Mama oh Mama. Lambat lagi kejut hari ni. Tapi takpe, camane lambat pun Mama kejut, still sayang Mama. Ohh, sangat #sweet. Haha. Mama tengah goreng ayam buat ayam goreng.  Memang lah goreng ayam buat ayam goreng. Still #wondering. Haish, biaselah, pagi pagi lepas makan memang ting tong siket. Jangan lah salahkan writer kalau ayat tunggang tebalik. Dah, jom tido balek. Ngantoklahh! #sleepypanda

       Hujan yang turunnn, bagaikan mutiaraaaa. Tapi pagi ni hujan lebat sangat lahh! Takmacam mutiara @HabibJewels punn. Apekan lagi DiamondNPlatinum (tade @ sebab DnP takde Twitter). Takserupa pun Arwah Sudirman, #alfatihah. Takpe, kite faham, tu sume hiperbola untuk sedapkan lagu kan? Hari ni takpegi kedai Mama, dok sebok reply comment kat blog plus blogwalking. Blogwalking, blogwalking, tapi follower tak tambah punn. Still 219! Jom follow saya, sapa follow saya, dia boleh baca entry panjang panjang! Hahaha. #menarik

       Sebab pagi tadi hujan, so aku tukar syif lah. Petang pulak tolong Mama kat bazar. Memang havoc kedai Mama wa cakap sama luuuu. Takmenang tangan walaupun ade 11jenis lauk je. Sikit lah tu kan? Tapi ramai giler customer(sambil tepuk tangan macam gebang kat kawan kawan yang awek ramai keliling pinggang). Haa, camtu lah. Bukan sebab aku ade kat kedai tu, tapi memang sediakala sejak azali dah havocc! #havoc

       Hari ni seharian takmesej Gadys, memang tak keruan gituww. Nak ucap "Selamat Ulang Tahun Berbuka Puasa Sayang" pun takboleh. Hope kejap lagi sebelum pegi #terawih, Mama hulur lah siket sebagai tanda penghargaan tolong kat bazar. Haha. Takmalu, nak mintak tulis dalam blog, mane nak dapat. Bbuka hari ni Roti John ade siket special lahh, letak Black Pepper sedap amat. Paling laku dekat meja makan rumah hari ni. Ouhh, #craving sungguh utk esok punye bbuka pulak. #mouthwater

       Jyeah! Tadi Mama tanye siap siap, ade topup tak? Mama sekarang dah jadi ejen topup jugak! Haha. Giler dalam link cable Mama ni. Dapat lah RM10 topup. RM2 share dengan Gadys. RM2 tolak credit advance. RM1 deduct Facebook Mobile. Ade lah baki dalam RM5 lagi. Ianya sangat cukup dan bersyukur kepada yang Maha Esa kerana dikurniakan ibu yang sangat memahami. #thankgod #alhamdulillah

#to be continue