Tappin Lappy's Keyboard While Listening To:
I Never Had A Dream Come True by S Club 7.
Hullo peeps. Selamat pagi. Annyonghaseyo. Kamsahamnida. Mo Man Tai. Okay! Aku tak tau cakap korea. Aku tak layan korea korea ni. Bytheway, sorry lah, lame tak blogging ni. Dah seminggu dah kan? Hmmm, aku sebok sangat lah. Sebok maen game The Sims Social kat Facebook. Hey, ni dah kira biasa la ni. Aku kan jambu macam si pelakon korea. Kene lah maen game The Sims Social tu. #Kpop
Kelmarin, secara officialnya, duet PTPTN utk students Yu-Yu-Em masuk kat akaun Bank Islam. Ohh, heaven habaq hang! Rase macam #HaveADreamComeTrue. Banyak tak banyak lah. Ade lah dalam RM2k kot. Sebab baki akaun sebelum ni 45sen je. So, bile keluar reciept RM2000.45, means memang masuk RM2k lah. Ah,#pathetic sungguh. Tapi kitorang ni memang dapat duet bersih plus halalan toyyiban sebab Yu-Yu-Em dah creditkan duet kitorang yang didebitkan kepada akaun Yuran Pengajian + Hostel. Hahaha. Cakap pasal double-entry acct. Ni memang ayat budak accountancy yang takpernah dapat dekan. #LOL
So, dengan adanya financial aid dari government guna cable Bank Islam, aku dah siapkan 1 "List Menghabiskan Duit PTPTPU Sebelum Masuk Yu-Yu-Em Tercinta". Panjangkan nama list aku kali ni? Sebab memang 'kertas kepala agong' memang sangat diperlukan buat masa dulu, kini dan selamanya. Haha. Si penulis blog ni memang takpernah terima apa apa warna 'kertas kepala agong' sepanjang cuti tiga bulan ni. Nuffnang pun takpasang. Ini dengan tak sengaja menunjukkan yang aku tak keje sepanjang cuti sem ni. #EhYeke
1. Check Gigi. My biggest enemy yet until this moment. Bagi aku, biar saket hati clash dgn ex aku, drpd saket gigi. Mase exam Taxation Sem 3 hari tu, aku saket gigi. Menyebabkan aku kene repeat paper tu. Ohh, siyezly down. Bukan paper tu je kene repeat. Sampai 3 paper kene repeat. Semenjak dari tu, aku dah bertaubat. Every 6 months, dentist clinic is compulsory! Check gigi je dah RM40++.
2. Potong Rambut. Kekemasan adalah penting kerana dirimu begitu berharga. Ecewahh. Simple. Tapi still guna duit PTPTN. Kali ni nak buat mohawk. Jangan tekejut ye cik adik junior kalau abang Skrullz ptotng rambut tepi takde, tapi rambut yang tengah pacak menggunung. Gua rockers. Rambut kene lah style. Tapi gua 'rockers' takpandai main gitar. Kompang pandai lahh. Haha. Just potong dekat kedai keling, RM8-RM10.
3. Pos Motor Guna PosLaju. Petang semalam siap basuh dah motor taiko tai tu. Setiap kali hantar guna PosLaju @ PosMalaysia, mesti ade scratch baru dekat motor Nouvo yang dulu nya comel sangat tu. Skang, dah banyak scratch, menyebabkan aku bagi nama motor aku tu, 'TAIKO TAII'. Penggunaan yang banyak. RM130-RM170.
4. Kasut Kuliah. Semua orang tau, undang-undang pakai baju dekat Yu-Yu-Em ni memang best. Kuliah mestilah memakai baju kemeja, tie, seluar slack, stokin, kasut kulit. Top-to-toe corporate suit. Sem lepas punye kasut dah jahanam tapak nye dah. Haii, kenapa lah dulu tak pilih masuk UiTM, boleh pakai ikot suke, jeans, kasut lagi lah tak kesah. Hmm. Cari yang paling murah. Take about RM60-RM100.
Dats all yang tersenarai buat masa ni. Ni pun dah cecah RM250. Rasenye masuk Yu-Yu-Em nanti tinggal RM1.7k je. Huhu. Sangat sedikit. Pesanan khas utk adik adik junior. Takyah nak mengorat abang senior awak yang sorang ni. Dia dah takde duit. Bajet howttt macam @andyhowt. #Okbai.