Aug 9, 2011

11 Tutorial: Header Flash Yang Simple Part 2

Sambil tulis entry baru ni, hopefully korang dah faham step step yang panjang tapi simple tu dlm entry sblum ni. Finger crossed! Sebelum tuhhh, add Facebook, Twitter aku! Ramaikan friends aku. Haha.

Last nite, kite stop dekat Step 5 kan? Okies, now, kite sambung dengan Step 6.

Step 6: Upload dalam SWF Hosting Site (Using Mozilla Firefox)

Hope korang sume ramai yang guna Firefox as main browser. Step ni senang. Simple. Taksusah. Masuk LivingCabin SWFCabin.com. Lepas tu, upload macam biasa korang upload gambar dekat Photobucket tu. Optional untuk Tick Allow Search tu, tapi kalo nak senang cari, Tick dekat situ. Click Publish Swf.


Dah siap upload header ohsemmm korang tu kan? Okies, lepas je upload, interface dye jadi macam kat bawah ni and korang kene Click View Swf. Macam kat pointer merah tu. Takpayah nak copy Direct Link tu.


Faham setakat ni kan? Okies, lepas View Swf, SWFCabin akan tunjuk lah camane hasil sebenar yang korang buat. Dengan repeatition sekali. Dekat window yang sama, Click Tools > Page Info.


Lepas Click Page Info, Firefox akan bawak korang direct to New Mini Window. Dekat Mini Window ni, Click Tab Media>Cari File yang ade extension .swf (File Type: Embed). Then, Right Click, Choose Copy. And apparently, file yang korang upload tu, size dye same dengan file original dalam lappy. :D


Okay, kite dah selesai dengan SWFCabin! Kalau boleh, Paste address yang korang dah copy tadi tu dalam notepad. Much easier!



Step 7: Letak dalam blog

Haha. Ni lagi simple , sume orang tau buat. Login Blogger. Click Design > Page Elements > Add A Gadget > HTML/Javascript. Copy HTML bawah ni. Tukar semua code yang dah underlined kat bawah ni kayh.
<embed src="Address Extension SWFCabin (dari Step 6 tadi)" quality="high" allowscriptaccess="always" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" align="middle" height=300" width="720"></embed>

Dah copy, masukkan dalam HTML/Javascript tadi. Click Save. Untuk kosongkan ruang title, korang boleh code ni dalam title.
<h2></h2>

Step 8: Kalau tak boleh drag (If Error)

Kalau takboleh drag kesana, korang save dulu dekat Page Elements tadi, Click tab Edit HTML. Search Code @ Ctrl+F Code bawah ni.
<div id='header-wrapper'>
bawah nya ada code ni kan?
<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>
<b:widget id='Header1' locked='true' title='Skrullz Storyboard (Header)' type='Header'/>

Tukar maxwidget kepada '2' @ lebih dari 2. Tukar showaddelement kepada 'yes'. Click Save

Sekarang, dah boleh. Okay,patah balik ke Tab Page Element, Drag semula HTML/Javascript Flash Header korang tade ke atas or kebawah header asal. Save!



Step 9:  Buang Header Asal (Optional)

Step ni sebenanye tak risky. Jangan #takot la kalau nak ubah siket siket, nak bagi blog cantek sangat sangat. Kalau nak buang header asal, korang kene tweak(ubah) siket bahagian Edit HTML. Okey, firsty of course lah kene Click Design > Edit HTML. Lepas tu, search code ni.
<div id='header-wrapper'>
bawah dye siket ade code ni kan?
<b:widget id='Header1' locked='true' title='Skrullz Storyboard (Header)' type='Header'/>
buang code widget id ni. Save! Lepas tu korang akan ditanya oleh blogger pasal confirm "Header1" deletion. Just click Confirm. #withoutdoubt


YUP! FINISH LINE! Simple kan? Hope korang dapat buat dengan jayanya. Ecewahhhh. Buat lagi cantik dari aku punye. Btw, aku tak amek tempahan @ order @ yang sewaktu dengannya dari korang. Takpernah terniat pun nak jadikan bende ni bisnes. Aku sangat takpandai nak buat header utk orang. Bile aku buat je, nanti mesti jadi takcantik. Hope dengan adanya tutorial 2 part yang panjang ni, bolehlah korang buat sendiri yaa.


Lagi satu, kalau nak credit pun boleh, xnak credit pun takpe. Nak copy tutorial pun takpe. Right-clicking blog aku takpernah disable. Aku open, takkesah. See yaa~

Aug 8, 2011

13 Tutorial: Header Flash Yang Simple

Hye alls. Bertemu kembali dalam rancangan Art Attack Malaysia bersama Abang Chi Chuchairi. Hari ni, abang akan ajar korang sume macamane nak buat origami itik serati bulu pelepah kelapa. #mengarut

Okeh, sebenanye ade budak kecik umur 13 tahun nak blaja buat Flash Header macam kite. Sbenanye dah ade 3-4 orang tanye camane nak buat and aku takintend pown nak jadikan Flash Header ni bisnes. So, takrugi kongsi ngn korang sume camane nak buat Simple Flash Header tapi penerangan yang panjang. Its always an honour 4 me sebab dyorang dyorang ni yang request tutorial. #imlovin'it


Aku guna software Sothink SWF Easy. Name explains everything. So-you-must-think-SWF-is-easy!

Okeh, firstly , ni interface software Sothink SWF Easy ni. Sangat simple nak dibandingkan dengan Adobe Flash yang #complicated sampai-aku-pun-tak-faham tu. Aku cuba explain step by step. #cuba


Step 1: Size Flash Header

Okeh, size header ni, up-to-you-alls lah. Tapi, most appropriate in my opinion, 720x300. Hipotesis utk kajian ni: semakin besar size, semakin besar bytes yang digunakan dan semakin lambatlah page loading blog korang. Size flash header korang boleh jumpe dekat Properties kat bahagian bawah drawing area.


Step 2: Add Images and Text

Step 2 ni ade 2 cara nak masukkan image dalam drawing area. Pegi Insert>Image or tekan F5 dari keyboard! Simple kan? Masukkan semua image including background. Sebab background dia takboleh transparent.


Step 3: Adding Background

Tadi, aku dah suruh masuk background image skali kan? Macamana nak set image kepada background? Ha, itu yang kite taktau. Right Click dekat image yang nak dijadikan background>Set As Background.


Step 4: Add Effects dekat semua images

Effects dekat software ni sangat siket. Sangat-sangat siket. So, pandai pandai sangat lah combine kan effects supaya image image korang tadi nampak sangat smart. Step 4 ni paling complicated. I do agree. Macamana nak masukkan effect pada image? Click image tu, lepas tu Click dekat Add Effect.


Setiap image yang dah diletakkan effects, effect tu mesti ade dekat timeline. Timeline tu ape? Bawah ni timeline effect.


Optional: Okies? Taw dah kan timeline tu yang mana satu? Now, the TRICK supaya jadikan transition effects tu lama siket. Drag hujung effect transition yang macam ade arrow pointer merah kat bawah ni. Drag ke kanan utk tmbh lagi panjang dan lagi lama effect transition.


Optional: Another TRICK supaya effect repeat dengan sempurna. Tetapkan satu image yang korang nak dia jadi STATIC. Contohnya macam header aku kat atas tu, Static image ialah "Swirls+Crown yang ade tulisan Skrullz Nazryn" tu. Perasan tak? Okeh, make sure Static image tu lebih satu second @ satu kotak dari effect yang lain. Contohnya macam kat bawah ni.


Lepas dah siap drafting, korang Preview lah banyak banyak sangat kali. Preview diwakili oleh button play kat bar atas timeline tu. Faham kan sume?

Image yang aku guna: Swirls (Effect: Illusion Jalousie), Crown Badge (Onionskin), Text (Fade In, Contort, Simple Matrix), Background

Step 5: Publish
Last step dalam buat flash header yang simple ni, Publish. Korang kene publish dekat dalam lappy bukan dalam HTML okeh? Click File > Publish @ Publish button dekat bar atas timeline tu.


Lepas je click Publish, ade satu window tanye nak publish dalam bentuk ape. Then, click Export Flash Movie(.swf). After that, Click Next. Dah siap loading, korang akan jumpe file korang dekat tempat yang korang save tadi.


Okay? Simple kan? Explanation je panjang. Gudluck. Next post, aku tunjuk camane nak buang header picture upload yang biasa and masukkan header Flash dalam blog pulak eh. Toodles. :D

Aug 7, 2011

16 Diari Ramadhan Nazryn


Ramadhan 1

Dear blog, hari ni hari 1st sahur lepas pengumuman puasa malam tadi. Sahur yang senang amat, nasi, telur goreng, pajeri nenas ngn kicap as another option. Tahan lah agaknya sampai bbuka puasa nanti. Pas je, smbayang subuh, sambung tido, siket pun takde rase nak menambah amal. Haish!

       Ni dah pagi, Mama kate nak bukak kedai dekat bazar, kat Jalan Bomba. Gerai jual lauk pauk (ecewah, ayat lengkap). Semangat bkobar-kobar (kononnye) nak tolong mama. Okeh, esaimen Mama bagi lagi senang dari esaimen cikgu Taxation mahupun cikgu Management Accounting. Mama suruh kupas bawang merah, bawang puteh, siang sotong dengan gunting paru lembu. Yup! Aku anak lelaki sulung dari dua adik beradik. So,keje dapur ni boleh lah siket siket. Plus, ade makcik sorang Mama upah, suruh tolong tolong lagi. Sumenye buat dekat kedai Medan Selera which mama owned sejak aku Form Three. Nothing special, takde terhiris tangan sendiri sampai bedarah mcm citer #typical Melayu bulan puasa. Haha.

       Balek je dari Gerai, pukul 3petang camtu, zohor and tidor. Simple. Bella pulak baru lepas balek sekolah, duduk depan TV macam muke penat merentas desa. Hiperbola. Bangun pukul 6, asar, tengok Bella pulak tidor kat depan TV. Haha. Ni lah namenye, Shift Tidor Bulan Puasa. Kejut budak kecik tu, ajak kemas meja, ready nak bukak puasa buat macam yang dah Mama mesej kat Bella tadi. Bukak puasa rumah ni simple, Lauk lebih Mama niaga. Roti John is COMPULSORY appetizer. Air beli dari kedai pulak is HIGHLY SUGGESTED sebab malas nak jerang air, buat air. Kuih mueh OPTIONAL dessert. Faham semua? #annoying 

       Malam ni, siap dah satu karangan 1st puasa. Tapi aku dok terfikir, kalau selalu sangat update, nanti jadi ntahapehape pulak aku tulis. Plus, bukan korang bace pun. Persoalan ni terbawak bawak mase sembayang Isyak sebab malam ni aku tak pegi terawikh. Yup. One word! Pemalas. Pas je siap, aku pun terfikir buat scrapblog/diari bulan puasa. So, cam kene lah dengan ayat ayat panjang berjela ni. Rase cam nak update 3hari sekali or 5hari sekali. Walaupun aku suke nombor 2 dengan 6 (okeh, takde kene mengena). Mari kita tidor. Sambung esok!


Ramadhan 2

Today is Tuesday. Kite tukar siket concept blog ni to #SCRAPBLOG. Ceh, dak laki buat diari. Macam pondan. Haha. Tapi ni diari blog intellectual style. Tuuu dyaa! Ah, shitting pesetankan semua tuhh, janji aku ade blog. Hehs.

       Fine, sahur hari ni lebihan buka puasa semalam. Banyak jugaklah sebab lauk lebih Mama niaga semalam banyak takhabes. Ade 6 jenis lauk jugaklah. Tapi nasib baek ayam goreng tepung Kentucky ade lagi. Haha. Lauk memang banyak terbentang dekat depan retina, aqueos humour and iris ni #astrotutorTV(science SPM), tapi mana tumpahnya kicap kalau tak ke nasi? Lepas sahur, blogwalk. Still tak sedar nak menambah amalan mulia. Tapi sambil blogwalk, aku tesenyum senyum. Bukankah senyum amalan yang mulia? Chooyyy!!

       Pagi ni, pegi lagi kedai Mama. Tapi kali ni bawak lappy. Haha. Macam dah takde keje laen. Boleh update kat kedai. Brought to you alllsss Live and Exclusive. Banyak jugak kedai laen yang bukak, sambil tu belagak bawak lappy masuk kedai (macam aku sorang ade lappy). Show off harta benda memang natural beauty habit aku. Hari ni keje kurang siket in volume, tapi increase in varietyness. Faham? Maksudnya, Mama nak tambah kepelbagaian lauk untuk jual kat bazar (Nahhh! Gramatis habis ayat). Hari ni nak tambah siput sedut. Menggeletar nak sunatkan siput sedut, maklumlah, pecinta haiwann. Oleh kerana yang demikian, aku kesian nak ptong hujung siput sedut, that duty is on Makcik Ila's shoulder. Haha. Senang jadi anak tauke! #LOL.

       Balek umah dari kedai macam biasa, zohor and tidor. As simple as #ABC, cekodok basi. Bangon tido, nak pun cam biasa. Bukak puasa pun mcm biasa. Tapi hari ni ade siput sedut lah. And some of siput sedut tu, takboleh sedut. Maknenye bukan siput sedut lah kan? Lastnye, 1 family maen "sape dapat sedut siput ni, dye hebat". Haha. Tade sape pun dapat sedut, Papa pun. Tiada pemenang, semua pengalah! #parody Vince AF1.

       Okeh, now aku baru balek dari #terawih. 1st nyte terawih cam laen sangat pulak taun ni. Dah lah masjid takramai orang. Haish. Bile lah satu malaysia kampung nak sedar ni? Aku dah! Haha. Nothing special malam ni, moreh pun malas. Ceh! Padahal terawih pun 8 rakaat je. Haha. Balek lapar. Makan Tiger Biskuat! Sambil tengok Raw! Dats all. Nyte allss .


Ramadhan 3

Bukak mata pagi ni. Baru perasan suar basah. Gampang. Ni sume pasal tengok Gusti si KellyKelly yang comel tu lah! Ntah hape kejadah tibe tibe mimpi pasal dye tah. Malas giler nak mandi. Naseb baek, bangon pkol 4.45, takde orang bangon lagi. So, taklah malu nak mandi wajib. Haish. Dah setel mandi, kejot semua orang walaupun Mama ngn Bella cuti puasa. Haha. Ah, janji aku dapat rase nikmat bepuasa dengan family. Ecewah! Haha. Sahur as always. Tapi kali ni makan siket, minum air banyak. Air teh. Mama buat, sedap kot. #nocomment

       Ni dah pagi, dah pkol 11. Tengok mesej dulu dari Gadis si cantik maniss. Ecewahhh! Haish. Punye lah lambat bangon lah hai. Alah, bukan buat ape pun. Takpayah nak semangat sangat lah bangon awal. Kan? Mandi pagi tanpa gosok gigi. Nak pegi kedai Mama ni. Jyeah. Hari ni malas bawak lappy. Sebab takde kepentingan. Okeh, #chauchinchau!

       Balek kedai Mama hari ni xtido. Ntah nape tak mau tido. Sebab nak suruh blogwalk kot! Haha. Walkin lah beberapa blog-blog comey lotey pinky winky. Aduh, sekarang giler ramai bloggers pompuan. Tenggelam bloggers lelaki. Sila add Facebook blogger lelaki dan start bekenalan. Saya mempromote diri saya, sila add di facebook. Facebook and Twitter button ade kat atas tu. Tekan ke. Takpayah right-click newtab. Blog ni sangat mudah! Ecewahh. This is out-of-line story pasal puasa. Sila abaikan. Style aku berbuka memang takde kurma Yusuf Taiyoob, kurma Cina Tesco ataupun kurma Chocodates keluaran Sunsweet. It is just not me. Aku tau aku kadang kadang tak ikut sunnah, tapi aku kurang suka dekat kurma, so then, aku bbuka dengan air manis berais. Thanks to all yang dah support aku makan kurma. Tapi aku rase takboleh masuk sangat lahh.
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka 
Kelebihan sembayang #terawih adalah sangat best. Aku sangat memilih. Kalau pahala dapat takbest, aku tak pegi. Haha. Sangat gampang. Nampak sangat banyak dosa. Banyak syaitan dalam hati. Haish. Dah, lupakan je. Aku dah pegi dah pun. Mengharap keampunan yang Maha Esa dan supaya kekal berterusan #terawih. Aminn. Jom tido. Harap tak mimpi kotor lagi malam ni. Finger crossed!

Apesal malam ni punye ayat sangat skema?

Ramadhan 4

       Hai semua, aku bangun sahur dengan sempurna hari ni. Mama kejut. Ni pun nak tulis ke? Emm, kenelah, ni kan diari. Hehs. Sengih kuda. Sahur hari ni makan ayam madu lauk lebih bbuka semalam. Sedap, manis. Yum, yumm deliciouso bak kate Dora The Explorer. Kemanisan ayam madu tebawak sampai aku tulis ayat kat blog ni. Batal ke tak eh puasa aku?

       Pagi ni, lepas aku bangun, pun rase ayam madu ni lagi. Sendawa je, mesti terasa ayam madu tuhh. Maybe madu ayam tu tesumbat dalam #trachea kot. Sebab tu terngiang terasa lagi ni. Fine, aku memang belom mandi. Tapi aku nak tulis kat blog dulu. Jangan kate aku busuk, tepok dahi korang semua kang. Aku wangi. Plus, ade nur kasih gituww. Haha. Dah lah, nak mandi, nak tolong Mama. #kononnye

       Petang yang sangat panas. Mungkin dua-puluh-lapan darjah celcius kot. Haish. Ni baru panas dunia. Dah, lupakan panas semua tu. Aku dah mandi lagi sekali. Nak bagi segar. Bukan sebab teguk air shower yang sejuk ituuu. Aku takpenah ponteng puasa. Ini realiti. #percayalahhhhh. Dah azan, jom buka puasa! Mama masak ayam rendang banyak pulak hari ni sebab demand yang semakin meningkat. Jangan tak percaya, Mama i pun pandai baca keluk permintaan dan penawaran youuu! Haha. Ini tipu. And this time around, takde main "sape dapat sedut siput ni, dye hebat" lagi dah macam puasa kedua. #choyyy

       Memandangkan aku sangat quite choosy, aku tak pegi #terawih malam ni. Jangan tanye kenapa. Aku lepuk sorang sorang kang. Semalam dah cakap takkan hari ni nak cakap lagi. Haha. Lepas je yaasin, malam ni takbuat apeape dah. Menghadap lappy, main Football Manager 2011. Although i am not a successful manager. And apparently not yet a manager. Haha. Gelak kalau faham. Kalau takpaham english saya, lupakan. #pathetic


Ramadhan 5

       Hari kelima. Bangun sahur lmbt harini. Pkol 5.30. As always, ade orang kejut sebab aku bukan jenis orang yang suka pakai alarm kat dalam fon. Walaupun fon mahal. Haha. Sikap menunjuk nunjuk yang sukar diubah. Aiyoo! Pagi ni sahur minum neslo sachet je sebab neslo sachet lagi stabil kadar glukosa nya ya adik adik. Lagipun dah lambat. Pas subuh ni tido lah. Ngantuk lah pulak, tapi sempat mesej Gadis lagi. Haha.

       Bangun dah tegak matahari kat atas bumbung rumah. Lupa hari Jumaat. Nasib baik belum telepas sembayang Jumaat. Haish. Teruk lah puasa kali ni. Lagi puasa kat rumah, lagi banyak lemak. Bangun lambat, terawih malas. Ha, ni mula lah nak meleteri diri sendiri. Haha. Yup, it is now 12.15 and im hungry and im fasting. Not yet mandi. Tapi aku tau aku wangiii! Semerbak kasturiiii! Dah, takmau beleter panjang panjang. Jom mandi dan gosok baju melayu untuk ke masjid! #bersemangatwaja

       Habis je Jumaat, aku g kedai Mama, tolong ape yang patut ditolong. Malangnya, langkah kiri. Mama dah siap yang mana membawa kemungkinan hari ni tak dapat upah. Fish, fish! Macamana nak topup dan bergayut dengan yang tersayang? Balik umah dengan hampa kechewa dan sambung tulis kat blog. Haha. Petang ni taktido pun. Sebok layan cite Dewi dekat Astro Pelangi dengan Bella. Ntahapehape. Aku takpaham cite ni walaupun Rianti Cartwright itu sangat puteh melepak macam Barbie Doll, siket pun takmenarik minat. Lepas tu, layan StarWorld pulak. Ish, sangat takmenarik minat lah. Pasanglah ESPN ke, Star Sports ke. Tapi sebab Bella pegang control Astro, aku akur. #pasrah

        Today, #terawih is on. Aku dengan bangga nya start moto Nouvo yang paling huduh didunia, g masjid. Kali ni, siyez ramai giler yang #terawih kat masjid Tanjong Karang wehh! Macam ade Dato' Najib datang wa cakap sama luuu. Tapi lepas je 8rakaat, semua hilang. Termasuk aku! Haha. Nape aku balik cepat? Bukan sebab malas #terawih 21 rakaat lah. Sebab taknak selipar hilang kat masjid. Okeh? #okbai

#to be continued

Aug 3, 2011

10 # 5 Wordless Wednesday