Sep 9, 2011

11 The PTPTN Yu-Yu-Em List

Tappin Lappy's Keyboard While Listening To:
I Never Had A Dream Come True by S Club 7.


Hullo peeps. Selamat pagi. Annyonghaseyo. Kamsahamnida. Mo Man Tai. Okay! Aku tak tau cakap korea. Aku tak layan korea korea ni. Bytheway, sorry lah, lame tak blogging ni. Dah seminggu dah kan? Hmmm, aku sebok sangat lah. Sebok maen game The Sims Social kat Facebook. Hey, ni dah kira biasa la ni. Aku kan jambu macam si pelakon korea. Kene lah maen game The Sims Social tu. #Kpop

Kelmarin, secara officialnya, duet PTPTN utk students Yu-Yu-Em masuk kat akaun Bank Islam. Ohh, heaven habaq hang! Rase macam #HaveADreamComeTrue. Banyak tak banyak lah. Ade lah dalam RM2k kot. Sebab baki akaun sebelum ni 45sen je. So, bile keluar reciept RM2000.45, means memang masuk RM2k lah. Ah,#pathetic sungguh. Tapi kitorang ni memang dapat duet bersih plus halalan toyyiban sebab Yu-Yu-Em dah creditkan duet kitorang yang didebitkan kepada akaun Yuran Pengajian + Hostel. Hahaha. Cakap pasal double-entry acct. Ni memang ayat budak accountancy yang takpernah dapat dekan. #LOL

So, dengan adanya financial aid dari government guna cable Bank Islam, aku dah siapkan 1 "List Menghabiskan Duit PTPTPU Sebelum Masuk Yu-Yu-Em Tercinta". Panjangkan nama list aku kali ni? Sebab memang 'kertas kepala agong' memang sangat diperlukan buat masa dulu, kini dan selamanya. Haha. Si penulis blog ni memang takpernah terima apa apa warna 'kertas kepala agong' sepanjang cuti tiga bulan ni. Nuffnang pun takpasang. Ini dengan tak sengaja menunjukkan yang aku tak keje sepanjang cuti sem ni. #EhYeke
1. Check Gigi. My biggest enemy yet until this moment. Bagi aku, biar saket hati clash dgn ex aku, drpd saket gigi. Mase exam Taxation Sem 3 hari tu, aku saket gigi. Menyebabkan aku kene repeat paper tu. Ohh, siyezly down. Bukan paper tu je kene repeat. Sampai 3 paper kene repeat. Semenjak dari tu, aku dah bertaubat. Every 6 months, dentist clinic is compulsory! Check gigi je dah RM40++.


2. Potong Rambut. Kekemasan adalah penting kerana dirimu begitu berharga. Ecewahh. Simple. Tapi still guna duit PTPTN. Kali ni nak buat mohawk. Jangan tekejut ye cik adik junior kalau abang Skrullz ptotng rambut tepi takde, tapi rambut yang tengah pacak menggunung. Gua rockers. Rambut kene lah style. Tapi gua 'rockers' takpandai main gitar. Kompang pandai lahh. Haha. Just potong dekat kedai keling, RM8-RM10.


3. Pos Motor Guna PosLaju. Petang semalam siap basuh dah motor taiko tai tu. Setiap kali hantar guna PosLaju @ PosMalaysia, mesti ade scratch baru dekat motor Nouvo yang dulu nya comel sangat tu. Skang, dah banyak scratch, menyebabkan aku bagi nama motor aku tu, 'TAIKO TAII'. Penggunaan  yang banyak. RM130-RM170.


4. Kasut Kuliah. Semua orang tau, undang-undang pakai baju dekat Yu-Yu-Em ni memang best. Kuliah mestilah memakai baju kemeja, tie, seluar slack, stokin, kasut kulit. Top-to-toe corporate suit. Sem lepas punye kasut dah jahanam tapak nye dah. Haii, kenapa lah dulu tak pilih masuk UiTM, boleh pakai ikot suke, jeans, kasut lagi lah tak kesah. Hmm. Cari yang paling murah. Take about RM60-RM100.


Dats all yang tersenarai buat masa ni. Ni pun dah cecah RM250. Rasenye masuk Yu-Yu-Em nanti tinggal RM1.7k je. Huhu. Sangat sedikit. Pesanan khas utk adik adik junior. Takyah nak mengorat abang senior awak yang sorang ni. Dia dah takde duit. Bajet howttt macam @andyhowt. #Okbai.

Sep 1, 2011

17 Salam Aidilfitri




       Salam Aidilfitri. Salam Merdeka. Salam Satu Malaysia (sambil angkat jari telunjuk). Aku mintak maaf bebanyak kepada semua muslimin dan muslimat sebab aku lambat up entry baru.  Raya ketiga baru terkial-kial nak taip entry baru. Maklumlah, orang guna broadband Celcom memang camni. Akhir bulan, nak publish post entry yang already dalam draft pown lambat nyahhh. #aww

       Hari tu aku dah cakap yang jadual raya aku memang ikot lagu Senario-Seminggu Berhari Raya. Raya Pertama, dengan keluarga. Ayah bonda maaf dipinta. Tapi aku dapat #duitraya jugak. Haha. Orang lain raya pertama sayu je pastu menangis mintak maaf dgn parents. Aku belum lagi sampai seru nak nanges sambil mintak maaf dgn parents. Tapi mintak maaf #duitraya, memang ligat. "Mama, tahun ni abang nak seratus boleh?" Haha :D

       Blog lain sume belumba nak letak gambar pagi raya. Tak #ohsemm pun blog aku ni kalau letak muke aku. Okeh, ini kena #admit, memang aku taksuke camwhore dan snap pixca myself walaupun ade DSLR. Sebab aku takpandai guna DSLR. Haish, ini lah pasalnye aku takletak gambar dalam blog comel huduh ni. Hey, what a #loser betol lah. Boooo.

       Tujuan utama post ni sebenarnya nak mintak maaf dekat kaum bloggers semua. Also readers yang very supportive. Also readers yang kene paksa datang sebab aku suruh korang singgah blog aku balik dekat dalam Shoutbox korang. Pfftt. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir kalau ade tercalarkan muka sebab main gaduh gaduh cakar muka, tarik rambut macam dekat WWE Divas. Maaf Batin jugak kalau ade tersakitkan hati para readers, followers dan #tahitwitter yang aku dah @Mentions kan.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Aug 28, 2011

2 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Cinq

#the story continues


Ramadhan 21

Hari ni hari Ahad. Selalunya menu sahur pagi Ahad memang sedap, tapi hari ni taksedap pulak. Tekak ni taknak masuk pulak makanan nye. Agaknye kene makan Strepsils kot. Sebab Strepsils tu sedap. Lepas tu, boleh nyanyi nyanyi kat tepi pantai sambil pakai baju ala ala Hawaiian macam dalam iklan dia tuh. Kan? Hahaha. Saya Nazryn dan saya mudah terpengaruh dengan iklan macam #budakbudak

       Pagi ni aku taktido. And guess what am i doin? Aku dengar lagu rayaaa. Semangat sangat nak raya ni. Selamat, selamat, selamat hari rayaaa! Tiba tiba terpikir seronok gila tiga bulan cuti sem duduk rumah diam diam. Habiskan quality time dgn family. Habiskan duit Mama sebelum nak raya. Habiskan makan dua bekas kueh raya walaupun belum raya. Hahaha. Tengok je lah betapa bersemangat nya aku ni nak raya. Saya Nazryn dan saya berumur dua-puluh-satu tahun dan masih lagi macam #budakbudak

       Hari tu kan aku dah bagitau siap siap kat korang shumeww yang Mama aku dah takniaga dah. Setiap hari adalah heaven bagi aku. Terasa syurgaaa. Mane tak nye. duduk rumah diam diam, sambil hadap laptop, maen game FB. Hahaha. Ni semua pengaruh Gadys dan sepupu kecik aku yang nak aku maen game FB. Aku maen "Top Eleven-Football Manager". Sape nak lawan team aku? Meh, aku invite tapi kalau kalah jangan menyesal. Kalau menang, jangan belagak. Sebab bagi aku, aku pemenang aku bukan pengalah. Haha :D

       Bbuka hari ni simple. Semua Mama beli siap dari bazar. Ikan bakar, Ikan Pais, Ayam Madu, Kerabu, Daging Palembang dan berbagai bagai lagi. Semua sedap. Tapi masakan Mama lagi super duper sedap. "Mama, abang dah bodek ni, emphasis kaler tulisan kat blog lagi. Duit raya taun ni double dr taun lepas boleh?" Miahaha. Ni lah namaya anak tak guna. #ramadhanpickupline


Ramadhan 22

Sahur kali ni Bella kejut. Lepas dia kejut, entah kenapa lepas bangun sahur still ngntok lagi. Hadap meja makan pun temenung tanpa bukak mata. Camane tuh entah. Aku maen tulis je, korang yang baca. Agaknya shaitan dekat kelopak mata ni banyak sangat kott. Eh, wait seminit, ade ke shaitan-nir-rojim puasa ni? #wondering

       Petang ni dah plan baekk punye dah nak pegi buat facial resdung tu. Tapi Mama mesej Acik Lia tu, dia asek bz je. Haish. Penat tunggu, bape hari dah ni. Ni yang nak marah niii. Haha. Over pulak kau ni nokkk. Aku raselah, nk raya ni semua kedai yang takde kaitan dengan Aidilfitri, sume Cuti Cuti Malaysia. Seperti yang di uar-uarkan Menteri Pelancongan M'sia. Ecewahh, aku ni, cakap pandai, bila tanye sape Menteri Pelancongan M'sia, gagap pulak nak jawab. #ROFL(Rolling On Floor Laughing)

       Malam ni takpegi #terawih lah, aku plan #shopping dah malam ni. Tapi hampehh, ape pun takdapat melainkan satu baju dalam warna hitam. Ehmm, i mean baju lapisan pertama yang menutupi seluruh badan bagi lelaki. Bukannya baju dalam wanita. Ni bukan blog lucah. Harap maaf. #updates


Ramadhan 23

Hey alls. Sir-lump-mud subuh hari semua. Mase sahur berjemaah dgn family tadi, topik utama keluar dari mulut Bella ialah, "Mama, adek malas sekolah lah pagi ni. Boleh tak?". By sudden Spontaneous Thursday Mama jawab, "Ikot suke adek lahhh". Haram betul. Budak sekarang kalau malas nak sekolah senang je. Adek aku ni one of SPM victim, diwajibkan sekolah bagi aku. Hey, dulu aku mase SPM takpenah ponteng pun. Mane aci! Anak bongsu mesti kene manja lebih. Benganglahhh. #DamnItsTrue

       Aku bangun tido hari ni tengok adek kesayangan aku dekat depan PC dia. Haiii. Berangin akuuu. Tapi nasib baik dia pasang lagu raya kuat-kuat. Alhamdulillah, semua dah mood raya. It's #enjoyable you knoww? So, aku takjadi marah. Mungkin sebab shaitan sume dah kene gari mcm Sarjan Misai gari si tertuduh dalam Gerak Khas kot, sebab tu lah aku takjadi marah. Mama pulak nyanyi nyanyi lagu raya kat dapur sambil basuh pinggan, ibarat anak dara nak dapat suami tua. Aku dah mula mengarut #crappythings

       Okeh, Bella dah makin pemalas. Ouh, aku boleh jadi #AngryBirds dah lepas ni. Dia sedap je tengok cerita Nikita kat TV9, Hingga Akhir Waktu dekat Astro Ria. Aku pulak sebok lah dengan pegi kedai; beli air batu campur, pegi bazar; beli roti john. Hadoi. Aku ni yang sulung, cuba bagi yang sulung pegang remote kejap. Bella yang bongsu tu ganti tempat aku pegi kedai. Bolehlah pegi Channel ESPN ke, StarSports ke, paling cikai pun, "Nadi Sukan M'sia", Astro Arena. #giggles

       Malam ni gua pegi #terawih woii. Gua guna bahasa wemmpitzz ni hoi. Gua nak cakap kat satu dunia yang gua pegi #terawih selepas DUA HARI ponteng. Haram kan? Dah lah menunjuk, bongkak pulak tu. Nasib baek gua tak riak, sebab gua buat 8 rakaat je. Haha. Jadilah daripada takbuat. Tu pun dah #alhamdulillah


Ramadhan 24

Assalamualaikumm. Pagi ni aku bangun bagi salam dekat semuaaa. Dekat Mama, Bella, semut dekat meja makan, cicak dekat atas decorder Astro. Emm, rumah aku bukan Zoo. Tapi, ape pun pendek kata, semua lah aku bagi salam. Haha. Sejak kelmarin lagi aku #addict dgn game FB ni, "Top Eleven-Football Manager". Pagi ni terus bukak lappy lepas sahur dalam pukul 5.45. Akhirnyaa, first league win setelah onak dan duri kutempuhi. Gunung tinggi kudaki, lautan luas kurenangi. One word; Hiperbola. #ppffftt

       "Bangun pagi, kesekolah. Dan mama beri sesudu besar. Scotts Emulsion sedap setiap hari". Itu dulu. Sekarang dah puasa. Yelah, aku bukan macam korang, Standard One dah puasa penuh. Aku ni ha, Standard Four baru puasa penuh tiga-puluh-hari non-stop. Darjah Empat tu, doa bbuka puasa pun takhapal lagi. But then, i'm glad, i'm a muslim who follow The 3rd Pillar of Islam; Fasting in Ramadhan @IslamicQuotes. Ni baru dedahkan secara umum untuk semua peminat peminat. Haha. Bajet #retis you alllsss. My #biggestsecrets

       Hari Rabu, memang kalau boleh aku taknak miss. Wordless Wednesday adalah SANGAT bermakna bagi diriku. Kerana diriku begitu beharga. Aku suke sebab currently, semua #WW aku guna gambar yang aku snap sendiri. Lepas tu, tambah caption sendiri. Todayyy, mangsa snappin' ialah headphone star kaler Hitam-Puteh kehidupanku. Aku tau, aku takpandai main exposure, aperture, shutter sume tu. Tapi, at least aku cuba blur kan gambar belakang with source of lights from Allah; Nur El-Syams (cahaya matahari). #IAmGrateful


Ramadhan 25

Today's Menu for Sahur is simple, but perfectly seasoned, moist, nice and tender lovely great looking dish. Which is Telur Dadar dengan bawang merah dan ajinomoto. Haha. Ade gaya Five Star Michelin Chef  #MasterchefAustralia talk the talk tak? Fine, it's gonna be a disaster bila aku cakap camtu. #tongueout :p

       Bella pegi sekolah semalam and dapat duit sebab belakon jadi ekstra dekat sekolah dia weekend hari tu. Dia jadi actress ekstra ni dia canang satu pulau pinang habaq hang. Dia siap habaq kat cheq, dia nak frame duit RM50 dia jadi ekstra belakon dengan Nora Danish #gojes tuu. Nama drama tu "Doa buat Dhia". Bulan November ni dok tayang lah kat TV. TV mana, aku taktau. Kalau nak tau, tanya dia sendiri. Nah no fon dia, 0173...... Hmm, number fon adek sendiri takhapal. Nasib baek doa qunut hapal. Haish! #pathetic

       Thinking too much. Small word = OVERTHINKING. Aku nak publish malam ni ke esok? Publish macam ni kang cam besusun susun entry baru. Membuatkan ia menjadi sangat tidak kemas, dan tidak teratur. Tapi takde beza publish cepat ke lambat. Aku bukan Blogger terhebat di abad millenium ini. Dasawarsa kini, ramai blogger yang taktau camane nak tulis entry yang membuatkan orang lain baca. INCLUDING ME. Saya tidak terkecuali. I am not except. Haha. Terabor ayat english. Abaikan. #freelancewriter

#to be continue

Aug 27, 2011

8 Segmen: Tak Sabar Nak Raya

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To :
Seminggu Berhari Raya by Senario .

Aku excited nak raya. Personally, sangat excited. Walaupun takde sape sape tag (Wunny tak tag aku) #sulking, tapi aku nak jugak buat. Hahaha. Karakter alter ego.

Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna ?
  • Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna Biru Nila Pekat Ya Amat ala-ala Merahnya Makngah Birunya Pakngah.
  • Sepasang dengan seluar sebab aku takreti nak pakai kain batik lepas.
  • Sampin murah ala-ala Pengantin Baru pun bertemakan warna Biru Nila Pekat Ya Amat.
Lokasi pertama anda kunjungi untuk beraya ?

       Lokasi pertama yang akan aku kunjungi untuk beraya ialah rumah nenek belah Papa sebab;
  • Hanya mengambil masa 3minit untuk sampai kerumah nenek. (sebelah rumah)
  • Sebab selalunya ramai sedara-mara belah sini. Me-mungkin-kan, collection duit raya bertambah secara pukal. Okay, i'm 21 y.o, and still dapat duit raya. ^^Y
Makanan kegemaran anda di pagi raya ?
  • Lemang.
  1. Lemang pertama; cicah daging black pepper.
  2. Lemang kedua; cicah rendang ayam.
  3. Lemang ketiga; cicah kuah kacang.
  4. Lemang keempat; cicah rendang kerang.
  • Ketupat palas.
  1. Ketupat palas batch 1; makan dengan masak lodeh plus kuah kacang.
  2. Ketupat palas batch 2; makan dengan masak kicap ayam.
  3. Ketupat palas batch 3; makan dengan rendang ayam.
Okeh, cukup untuk sepagi raya. Baru kenyang. Brrrpp.

Lagu raya yang paling menyentuh hati ?

       Seminggu Berhari Raya - Senario.

Berapa rumah anda akan kunjung pada hari raya pertama ?

       Standard range ikut Math Mode Form Five; pegi beraya hari 1st sambil tunjuk baju raya baru agak banyak. Dalam 10-15 rumah. Tu pun kalau takpenat. Kalau penat, sikit lah. Hahaha.

Berapa pasang baju raya anda ?
  • Raya pertama satu pasang.
  • Raya kedua satu pasang.
Adakah anda seorang perantau ?

       Tidak. Bukan lah seorang perantau, pensantau mahupun pemantau peperiksaan.

Di pagi raya , part mana anda paling sedih ?

       Takde part sedih. Mintak maaf dengan makbapak pun takboleh kuarkan air mata. Aku dah cuba dah sejak dua tahun lepas, tapi takboleh jugak. Jangan lah salahkan aku. Tapi kalau clash dgn gf, boleh pulak bejurai jurai air mata kuar. Haish. #shiallah,ptuih

Menu di pagi raya dirumah anda ?

       Banyak. Sebut je. Semua ade. Meh aku listkan.
  • Kuah Kacang
  • Kuah Lodeh
  • Daging Black Pepper
  • Rendang Ayam
  • Rendang Kerang
Haha. Banyak kan? Belagak siket, pe salahnye kan? Mama amek tempahan tiap tahun. Duit tempahan tu selalunya bagi kitorang dua beradik sebagai duit raya. Miahaha. #loveydovey

Kampung Ibu / Ayah anda Raya tahun ini akan anda balik ?

       Dua-dua balik. Belah Papa, 3minit perjalanan dari rumah. Belah Mama, 10minit perjalanan dari rumah. Semua dekat Tanjong Karang.

Tag? Malaslah. Aku rase takde sorang pun kawan aku yg berumur 21 tahun yang excited nak raya. Aku je sorang yang excited sangat. #sobsob. Tapi aku rase IkaSub, Odah dgn Yana semangat nak raya taun ni. And Link to this blog: Azmira Yusof. Babai, #quickupdate!