Aug 14, 2011

15 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Trois

#the story continues

 

Ramadhan 11

Hyep alls. Selamat subuh! Emm. Maksud aku selamat imsak sebelum habis subuh. Sebab tyme aku update entry ni, belum pun azan subuh berkumandang. Ecewahh. Btw, malam tadi walaupun dah topup, tapi kitorang still gune Skype! Sebab dah dua hari fon tak berkredit. So, dah terbiasa berSkype! Haha. Sempat lah flying kisz bagai malam tadi. Haha. Sahur hari ni mcam tak sedap siket lah sebab makan telur gorang je. Haish. Ni sume sebab lambat bangun. Mimpi Skype dgn Gadys. #ihadasweetdreams

       Hari Khamis yang pelik, sebab first tyme Mama takniaga hari Khamis. Selalunye, mesti niaga kecuali hari Ahad. Tapi takpelah, at least sume orang boleh rest panjang panjang sampai takhengat duniaa. Ceh, rugi bangun awal. Kalau tak dah boleh try tido kuak lentang, kuak kupu kupu mahupun kuak dada atas katel lama lama. Haha. Walaupun didunia realiti, takpandai berenang langsung. #confessionofabrokenheart

       Petang yang panas terik yang amat! Aku rase kalau aku minum 5 botol Air Isotonic 200Plus pun aku still jugak haus. Tambahtambah ni bulan puasa. Rasa dah macam siputbabi kurang air sambil mengesot diatas jalan tar! Scientifically, hipotesisnya: Semakin lambat waktu bbuka, semakin perlahan pergerakan. Aduh, sembayang pun jadi lemah gemalai je. Ala ala Ustaz yang alim tengah sembayang dgn khusyuknya. Pffffttt. Padahal, HAUS+PENAT=TAKLARAT, bukannya khusyuk. #pathetic

       #Alhamdulillah, 7.30 minit malam dah rupanya. Azan maghrib pun berkumandang menandakan waktu berbuka puasa bagi seluruh Zon II: Selangor terutama di kawasan Tanjong Karang. Fuhh! Bergaya sangat hari ni sebab dapat completekan puasa time hari yang paling panas di bumi Selangor ni lah. Makanan sangat perfect hari ni, Nasi Ayam lagi! Haha. Hilang kempunan aku buat kali kedua. Malam ni malam Jumaat. Yaasin sometimes compulsory bile ade mase free. Rase macam dah lame tak bace Yaasin. Haish, ape lah nak jadi dengan kau ni Naz. Sangat jahil lah. Late night, Gadys tanye "penuh malam ni?". Yang mampu direply, "#alhamdulillah!". Tu dyaa, ayat budak baru balek masjid. Plus, saya muda lagi. Emm, sila vote saya, Imam Muda Nazryn! Haha.


Ramadhan 12

Good dawn everyonee! (dawn=subuh, mcm salah je. =.=") Iya, subuh subuh kayak gini, sepaling sesuainya kita jamah nasi ayam sebagai hidangan bersahur yaa. Haha. Sedap banget dehh! Kayaknyaa masih terasa saus tomato dibuatin sama Mama sampai sekarang walaupun udah abis waktu imsaknyaa. Ya iyalah, saus hidangan paling enak diduniya. Haha. Saya rasa saya macam Vano dalam citer Nikita bila saya cakap Indon!  #omg @tv9malaysia #dekatdihati 

       Hari ni Mama niaga balek lepas semalam takniaga. Barang semua habis. Kene pegi pasar awal awal sebab takot lauk habes nanti. Plus, Mama kate tade mood hari ni nak masak. Papa buat hal lagi. Haish, orang tua ni susah lah. Kejap itu lah, kejap ini lah. Dah dah, lupakan je. Oleh kerana Mama cam malas masak hari ni, Mama masak siket je lauk hari ni. Dalam 8 jenis je. Plus, siap masak sume pun pukul 4.30. Orang lain sume dah tegak payung dah ready nak niaga. Lagu Indon: Pelengkap Hidupku #np

       Balek rumah, rehat kejap. Tibetibe, Gadys mesej. Agak #weird sebab dye sangat memahami keje aku kat umah ni and hanya mesej bile sangat memerlukan. Rupanya dye muntah. Ohh. Sangat sangat kesian sebab dye memang taksehat dari mula puasa dulu. Memang sangat obvious saket yang dye ade lepas balik dari UiTM Bandar Melaka tu. Hmm. #seriousone

       Hari ni bbuka macam biasa, tapi lauk semua beli eventhough Mama niaga. Semua ni sebab Mama buat siket je hari ni utk niaga dan #alhamdulillah, semua habis. Harap harap rezeki Mama makin dipermurahkan. Aminnnn. Malam ni pulak rase cam ngantok sangat. At last, aku tido awal dlm pkul 8.30mlm camtu, sebab hujan, tak dapat nak g #terawih. Dgn Gadys yg still saket, aku tido mcm takde rase serba salah. Haiyoo. #neverbebyherside
 

Ramadhan 13

4.50pagi: Bangun tido. Tibe-tibe tesedar belum sembayang Isyak. Haha. Tido awal kan semalam. Haish. Cepat cepat pegi amek wuduk. Bella pun tak kejut malam tadi. Kalau tak, boleh mesej mesej dengan Gadys siket. Tanye dye camane malam tadi. Sehat ke tak. Dah siap menunaikan Fardhu yang lambat, tengok fon, ade 3 mesej 1 misscall je. So, kalau siket tu means mcm tak memerlukan aku lah kan? Atau dalam bahasa mudah, Gadys sehat #alhamdulillah malam tadi. Fuhhh! #relieved

       Last nite aku tido awal kan? Majuklah si Gadys , and lepas sorysorysory sume ngn beliau, stil jugak xmaw maafkan. Haiyoo. Ajak lah baybeeboo itu Skype. Semata mata nak pujuk. And aku admit, orang tak pandai pujuk guna ayat manis macam aku ni, kene buat action yang humor siket dekat Skype. And sometimes, it works! #tipspanda. Tapi kali ni, trick Skype pun tak jalan. Haha. Padan muka kau Naz. Lepas tu miscall sume pun tak jalan. Hmm. Memang merisaukan dgn keadaan Gadys yang takberapa nak sehat puasa ni. #worried

       Kalau minggu lepas, Aunty dr K.L yang datang, minggu ni, Aunty dari Perak pulak yang datang. She's single mother with 3 daughters. Hebat dan mempunyai #jiwaraga yang amat kental gituww. Macam aku lah, blogger yang takpayah pakai Nuffnang mencari rezeki. Tanpa Nuff's aku boleh hidup, and apparently, menunjukkan #jiwaraga aku kental! Follower pun siket. Haha. Kentalkan aku berbelog? #smellsliketeenspirits

       Malam ni, sgt susah kerana memujuk wanita bukannya mudah. Absolutely tough-est thing i've ever done. Sesungguhnya, buat Kunci Kira Kira lagi mudah dari memujuk wanita. Tolonglah percaya. First time aku cakap buat akaun lagi senang dari semua bende dalam dunia ni. Mungkin peristiwa ni membuatkan aku rasa jadi akauntan lagi senang dari jadi anak ikan mak datin yang sentiasa kene luahkan katakata manis dekat mak datin tu. #susahsangat


Ramadhan 14

Hye peeps. Waktu sekarang dah pkul 8.30 pagi. Yup yup, aku tak bangun sahur. Harem, sorang pun tak bangun sahur hari ni. Maybe semua orang dah kene spray dgn ubat nyamuk Shieldtox, tak beri peluang (sila baca dalam intonasi iklan Shieldtox!). Haha. Dan seperti biasa, hari Ahad, Mama tak niaga. Rehat lagi. Jyeah!

       Today, on this early monink, aku tade ape ape nak buat.  dah setel malam tadi. Fuhh! #relieved. Hari ni memang mengadap TV aje lah jawabnye. Tambah pulak hari Ahad, Bella ajak geng lah tengok StarWorld. Pagi, Junior Masterchef-MasterchefAustralia-Junior Masterchef (backtoback). Bende ni je lah yang StarWorld ulang-ulang sampai tengahari. Plus, suka tengok slang Australian-British English. Pronounce Today(hari ni) jadi To-Die(nak mampos). Hahaha. Penat gelak bulan puasa. Haish. #RamadhanAlMubarak

       Malam 14 Ramadhan dah. Cepat je masa berlari berjalan. Malam ni aku tak g #terawih,sebab tengok #MasterchefUS Gala Premier. Kitorang satu family dok tengok Masterchef dari pagi sampai ke malam. Naik lah rating viewers dekat StarWorld tu. Tapi rating pageview aku taknaik naik jugak. Haha. Penat promot sane sini. Ping sane sini. #apepuntakboleh


Ramadhan 15

It's Monday-day. Pagi ni, aku bangun dengan bantuan alarm henfon yang amat kuat. Siyez sangat #loud. Dapat ringtone alarm ni ntah dari mane pun tak ingat. Rasenye dari mobile9. Ah, lupekan tu sume. Pagi ni kite sume makan yang bese bese je. Takde pun makan sedap sedap macam hotel 5 bintang atau makanan yang dibawa khas dari #singgahsahur. Haha. Btw, makanan #singgahsahur tu nampak macam sedap kan? #yummy

       Bangun tido, sangat lambat. Dalam pkul 11 gituww, tapi tengok kete Wira still ade kat garaj. And apparently, menunjukkan Mama tak niaga. Takpe lah, maybe Mama nak dayoff penat sangat kot. Semalam pun Mama ade cakap cakap yang penat niaga. Kelebihan keje sendiri, boleh cuti anytime anyday. Jadi anak tauke pun senang. Haha. Bangun tido je, Mama ajak pegi buat facial resdung dekat tempat baru. Mama kate kenal makcik yang nak repair resdung aku ni. Butik Lia Andaman. RM65 per session. Pakej 10 session + 1 free session = RM650. Iklan and Promotion ni tidak berbayar. However, aku akan mintak royalty lepas ni. Ye Makcik Lia? Krisis takde duit pocket! Haha. #pathetic

       Tadi aku kate anak tauke senang kan? Yup, memang sangat senang. Petang ni, maen game je keje aku. Aku tak pandai maen DOTA, tapi aku maen game which the most influential game on the earth, Football Manager. Padahal dah berabad dah game ni tak tukar interface. Tapi still menarek minat nak maen. Ntahlah, tapi macam ade satu bond dah dengan game ni. Rase tak boleh tukar hobi maen game Form Five dulu, Sally Spa @ Diner Dash. Sebab dah malas nak layan atok dengan nenek yang masuk Sally Spa tu. Banyak songeh! Haha. #complicated

       Tuunyte, saya sangat malas. Takde wat pape. Dan takdepape nak dibuat. Mama nasihatkan jangan pegi #terawih dekat masjid dulu. Sebab carpet sembayang kat masjid tu kadang kadang belum vacuum. Takot belum habes treatment resdung 3 session, saket hidung semula sat lagi. So, ikot lah kata Mama tanpa menderhaka. Walaupun niat sebenar nak pegi #terawih malam ni. #nunytez


#to be continue

15 criticism:

Iefa Ujang said...

skype eaa...dating la 2 kan...ajajajajaj

Syaza Kelyza said...

hahaha semangat dye tulis panjang2 .


sekarang ni memang cuaca panas jek =='

Nazryn Mishar said...

@iefa ujang

haha. Skype je. nak jumpe jaohh~

Nazryn Mishar said...

@Syaza Kelyza

haha. tiaptiap hari update sendiri. bukan tulis panjangpanjang secara pukal. :p

tieykah said...

semalam baru skype dengan sorang bestie.skype memang terbaik ah!

Nazryn Mishar said...

@tieykah

Yup! Skype, mendekatkan yang jaoh dimata, dekat di hati. ecewahh~

Izzati Liyana Sabri said...

peh, ni mmg panjang betul ni. bukan calang-calang lagi. mcm diary personal. huhu.

Nazryn Mishar said...

@.izzati liyana.

haha. memang panjang. nak suruh anak2 bace bile dah besar nanti.

tu pun kalau bace. sigh. =.="

Afiqa Dayana said...

wahh, rajinnyee tulis diari ~ hihi

Nazryn Mishar said...

@Afiqa Dayana

haha. saje kumpul banyak2. lepas tu post terus. :D

Eifa Zuhaira said...

semoga berbahagia. #ehtiba2! HEHE =D

Nazryn Mishar said...

@Eifa Zuhaira

haha. banyak cakap pasal Gadys. bagus2. memang nak bahagia punnnn~ :D

gadis ~ said...

jgn bt mcm aritu lg . .

Nazryn Mishar said...

@gadis ~

baeklah. takbuat dahh~ :D

mr pot n mrs lat said...

blogwalking , jalan jalan , singgah singgah n bace entry kart sini . .
erm ,
jom terjah blog kami . .
ade new entry taw . .
cdey )':