Aug 28, 2011

2 Diari Ramadhan Nazryn: Partie Cinq

#the story continues


Ramadhan 21

Hari ni hari Ahad. Selalunya menu sahur pagi Ahad memang sedap, tapi hari ni taksedap pulak. Tekak ni taknak masuk pulak makanan nye. Agaknye kene makan Strepsils kot. Sebab Strepsils tu sedap. Lepas tu, boleh nyanyi nyanyi kat tepi pantai sambil pakai baju ala ala Hawaiian macam dalam iklan dia tuh. Kan? Hahaha. Saya Nazryn dan saya mudah terpengaruh dengan iklan macam #budakbudak

       Pagi ni aku taktido. And guess what am i doin? Aku dengar lagu rayaaa. Semangat sangat nak raya ni. Selamat, selamat, selamat hari rayaaa! Tiba tiba terpikir seronok gila tiga bulan cuti sem duduk rumah diam diam. Habiskan quality time dgn family. Habiskan duit Mama sebelum nak raya. Habiskan makan dua bekas kueh raya walaupun belum raya. Hahaha. Tengok je lah betapa bersemangat nya aku ni nak raya. Saya Nazryn dan saya berumur dua-puluh-satu tahun dan masih lagi macam #budakbudak

       Hari tu kan aku dah bagitau siap siap kat korang shumeww yang Mama aku dah takniaga dah. Setiap hari adalah heaven bagi aku. Terasa syurgaaa. Mane tak nye. duduk rumah diam diam, sambil hadap laptop, maen game FB. Hahaha. Ni semua pengaruh Gadys dan sepupu kecik aku yang nak aku maen game FB. Aku maen "Top Eleven-Football Manager". Sape nak lawan team aku? Meh, aku invite tapi kalau kalah jangan menyesal. Kalau menang, jangan belagak. Sebab bagi aku, aku pemenang aku bukan pengalah. Haha :D

       Bbuka hari ni simple. Semua Mama beli siap dari bazar. Ikan bakar, Ikan Pais, Ayam Madu, Kerabu, Daging Palembang dan berbagai bagai lagi. Semua sedap. Tapi masakan Mama lagi super duper sedap. "Mama, abang dah bodek ni, emphasis kaler tulisan kat blog lagi. Duit raya taun ni double dr taun lepas boleh?" Miahaha. Ni lah namaya anak tak guna. #ramadhanpickupline


Ramadhan 22

Sahur kali ni Bella kejut. Lepas dia kejut, entah kenapa lepas bangun sahur still ngntok lagi. Hadap meja makan pun temenung tanpa bukak mata. Camane tuh entah. Aku maen tulis je, korang yang baca. Agaknya shaitan dekat kelopak mata ni banyak sangat kott. Eh, wait seminit, ade ke shaitan-nir-rojim puasa ni? #wondering

       Petang ni dah plan baekk punye dah nak pegi buat facial resdung tu. Tapi Mama mesej Acik Lia tu, dia asek bz je. Haish. Penat tunggu, bape hari dah ni. Ni yang nak marah niii. Haha. Over pulak kau ni nokkk. Aku raselah, nk raya ni semua kedai yang takde kaitan dengan Aidilfitri, sume Cuti Cuti Malaysia. Seperti yang di uar-uarkan Menteri Pelancongan M'sia. Ecewahh, aku ni, cakap pandai, bila tanye sape Menteri Pelancongan M'sia, gagap pulak nak jawab. #ROFL(Rolling On Floor Laughing)

       Malam ni takpegi #terawih lah, aku plan #shopping dah malam ni. Tapi hampehh, ape pun takdapat melainkan satu baju dalam warna hitam. Ehmm, i mean baju lapisan pertama yang menutupi seluruh badan bagi lelaki. Bukannya baju dalam wanita. Ni bukan blog lucah. Harap maaf. #updates


Ramadhan 23

Hey alls. Sir-lump-mud subuh hari semua. Mase sahur berjemaah dgn family tadi, topik utama keluar dari mulut Bella ialah, "Mama, adek malas sekolah lah pagi ni. Boleh tak?". By sudden Spontaneous Thursday Mama jawab, "Ikot suke adek lahhh". Haram betul. Budak sekarang kalau malas nak sekolah senang je. Adek aku ni one of SPM victim, diwajibkan sekolah bagi aku. Hey, dulu aku mase SPM takpenah ponteng pun. Mane aci! Anak bongsu mesti kene manja lebih. Benganglahhh. #DamnItsTrue

       Aku bangun tido hari ni tengok adek kesayangan aku dekat depan PC dia. Haiii. Berangin akuuu. Tapi nasib baik dia pasang lagu raya kuat-kuat. Alhamdulillah, semua dah mood raya. It's #enjoyable you knoww? So, aku takjadi marah. Mungkin sebab shaitan sume dah kene gari mcm Sarjan Misai gari si tertuduh dalam Gerak Khas kot, sebab tu lah aku takjadi marah. Mama pulak nyanyi nyanyi lagu raya kat dapur sambil basuh pinggan, ibarat anak dara nak dapat suami tua. Aku dah mula mengarut #crappythings

       Okeh, Bella dah makin pemalas. Ouh, aku boleh jadi #AngryBirds dah lepas ni. Dia sedap je tengok cerita Nikita kat TV9, Hingga Akhir Waktu dekat Astro Ria. Aku pulak sebok lah dengan pegi kedai; beli air batu campur, pegi bazar; beli roti john. Hadoi. Aku ni yang sulung, cuba bagi yang sulung pegang remote kejap. Bella yang bongsu tu ganti tempat aku pegi kedai. Bolehlah pegi Channel ESPN ke, StarSports ke, paling cikai pun, "Nadi Sukan M'sia", Astro Arena. #giggles

       Malam ni gua pegi #terawih woii. Gua guna bahasa wemmpitzz ni hoi. Gua nak cakap kat satu dunia yang gua pegi #terawih selepas DUA HARI ponteng. Haram kan? Dah lah menunjuk, bongkak pulak tu. Nasib baek gua tak riak, sebab gua buat 8 rakaat je. Haha. Jadilah daripada takbuat. Tu pun dah #alhamdulillah


Ramadhan 24

Assalamualaikumm. Pagi ni aku bangun bagi salam dekat semuaaa. Dekat Mama, Bella, semut dekat meja makan, cicak dekat atas decorder Astro. Emm, rumah aku bukan Zoo. Tapi, ape pun pendek kata, semua lah aku bagi salam. Haha. Sejak kelmarin lagi aku #addict dgn game FB ni, "Top Eleven-Football Manager". Pagi ni terus bukak lappy lepas sahur dalam pukul 5.45. Akhirnyaa, first league win setelah onak dan duri kutempuhi. Gunung tinggi kudaki, lautan luas kurenangi. One word; Hiperbola. #ppffftt

       "Bangun pagi, kesekolah. Dan mama beri sesudu besar. Scotts Emulsion sedap setiap hari". Itu dulu. Sekarang dah puasa. Yelah, aku bukan macam korang, Standard One dah puasa penuh. Aku ni ha, Standard Four baru puasa penuh tiga-puluh-hari non-stop. Darjah Empat tu, doa bbuka puasa pun takhapal lagi. But then, i'm glad, i'm a muslim who follow The 3rd Pillar of Islam; Fasting in Ramadhan @IslamicQuotes. Ni baru dedahkan secara umum untuk semua peminat peminat. Haha. Bajet #retis you alllsss. My #biggestsecrets

       Hari Rabu, memang kalau boleh aku taknak miss. Wordless Wednesday adalah SANGAT bermakna bagi diriku. Kerana diriku begitu beharga. Aku suke sebab currently, semua #WW aku guna gambar yang aku snap sendiri. Lepas tu, tambah caption sendiri. Todayyy, mangsa snappin' ialah headphone star kaler Hitam-Puteh kehidupanku. Aku tau, aku takpandai main exposure, aperture, shutter sume tu. Tapi, at least aku cuba blur kan gambar belakang with source of lights from Allah; Nur El-Syams (cahaya matahari). #IAmGrateful


Ramadhan 25

Today's Menu for Sahur is simple, but perfectly seasoned, moist, nice and tender lovely great looking dish. Which is Telur Dadar dengan bawang merah dan ajinomoto. Haha. Ade gaya Five Star Michelin Chef  #MasterchefAustralia talk the talk tak? Fine, it's gonna be a disaster bila aku cakap camtu. #tongueout :p

       Bella pegi sekolah semalam and dapat duit sebab belakon jadi ekstra dekat sekolah dia weekend hari tu. Dia jadi actress ekstra ni dia canang satu pulau pinang habaq hang. Dia siap habaq kat cheq, dia nak frame duit RM50 dia jadi ekstra belakon dengan Nora Danish #gojes tuu. Nama drama tu "Doa buat Dhia". Bulan November ni dok tayang lah kat TV. TV mana, aku taktau. Kalau nak tau, tanya dia sendiri. Nah no fon dia, 0173...... Hmm, number fon adek sendiri takhapal. Nasib baek doa qunut hapal. Haish! #pathetic

       Thinking too much. Small word = OVERTHINKING. Aku nak publish malam ni ke esok? Publish macam ni kang cam besusun susun entry baru. Membuatkan ia menjadi sangat tidak kemas, dan tidak teratur. Tapi takde beza publish cepat ke lambat. Aku bukan Blogger terhebat di abad millenium ini. Dasawarsa kini, ramai blogger yang taktau camane nak tulis entry yang membuatkan orang lain baca. INCLUDING ME. Saya tidak terkecuali. I am not except. Haha. Terabor ayat english. Abaikan. #freelancewriter

#to be continue

2 criticism:

Elie Lily said...

haha..takpe, ayat english berteraboq, janji confident! :)

selamat hari raya aidilfitri!

Nazryn Mishar said...

@Elie Lily

haha~ memang betoi lah tuu. confident key of success. ecewahh!