Nov 18, 2011

5 Berdua Bersatu

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To:
Berdua Bersatu by Forteen.

Assalamualaikum semuaaa. Evening peeps.

Words of Wisdom : Harimau Malaya hebat #yaAmat!
-Skrullz Nazryn, 2011 Nov 18-

       Puh-liss jangan anggap aku pelik sebab update. Aku pun takpaham kenapa. Ye lah, dah enam hari takupdate, mestilah rase rindu nak update. Haha. Atau, mungkin sebab malam tadi baru habes mid sem exam kan? Tu pun baru satu paper. Paper ni aku list down as subject-kedua-tersusah-Semester-Lima ni selepas Taxation II. Taxation II nnt exam hari Selasa depan. Belum habes lagi lah tanggungan @ liabiliti terhadap subjek dekat Yu-Yu-Em ni. Perkataan liabiliti tu adalah emphasis kepada "saya-seorang-pelajar-Accounting-yang-takpernah-dapat-dekan". #pathetic

       Nak gebang siket ni weh. Hari tu matluthfi kan ade buat video pasal "rant on Lagu Cinta". Personally, aku tw lagu yang aku dengar sekarang adalah lagu yang agak bodoh dan tak melambangkan pengorbanan seorang kekasih kepada kekasihnya. #MatLutfi, I agree! Tapi dia punya beat and rhythm lagu itu adalah sangat mengancam. Sampai aku pun #terrrr hapal. Okay, mari kita nyanyi sama sama.


Jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar . 
Jika dengan mu rebah, biarlah ku tercalar .
Walau dilandai badai, ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu .
Jika dengan mu kabur, ku takmahu yang jelas . 
Jika dengan mu hanyut, biarlah aku lemas.
Walau dilanda ribut, ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu .

       Dalam enam rangkap tu, satu rangkap je yang menunjukkan pengorbanan. Ayat tersebut ialahhh: "Jika dengan mu rebah, biarlah ku tercalar". Kan? Okay, lets say, sepasang kekasih yang amat suweet sedang memanjat pokok untuk mengambil buah rambutan. Tiba-tiba, dahan patah! Lelaki dan wanita tersebut pun jatuh, but then lelaki yang suweet tu sempat grab wanita tu. So, yang tercalar, lelaki yang suweet tu lah kan? Tu pun kalau sempat lah kan?

       Bagi aku, rangkap yang paling bodoh pulak, "Jika dengan mu kabur, ku takmahu yang jelas". Fine, bagi kes ni pulak, try imagine yang sepasang kekasih yang baru balik dari exam malam. Lepas exam diorang dah janji nak makan kat KFC sebab pompuan tu sangat mengidam. Kereta lelaki tu memang sejak azali rosak aircond. Tiba-tiba tingkap pulak rosak. Disebabkan pompuan ni sangat mengidam, mereka pun menghala ke KFC terdekat iaitu 20 kilometer jauhnya. Dalam perjalanan tu, takpasang aircond, tingkap takbukak. Secara tidak sengaja, cermin depan kabur 10 kilometer selepas bertolak. Sebelum sampai, eksiden. Dek kerana terlalu "ku takmahu yang jelas", dahhh eksiden. Kan bodoh tu?

Okay, dah, jom sambung nyanyi lagu ni. Walaupun bodoh. Janji sedap didengar. Kan?
Have a wonderfull evening ya olls.

~FIN~

Nov 12, 2011

4 Catur Bestari: The Sequel

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To:
Hanya Padamu by Qiara.

Assalamualaikumm

       Selamat datang ke blog yang paling ringan didunia ni. Blog ni mempunyai satu header flash bertemakan bunga bunga vintage, tapi blog ni bukan blog pompuan. Bukan jugak blog pondan. Gua lelaki 100%. Nak bukti? Emmm. Takkan aku nak bukak zip seluar sambil bukak underwear tunjuk ke-lelaki-an aku kat korang kan? Orang tua kata tak manis dipandang. Ecewahhh. Okay lah, option laen, korang bukak tab FB aku tengok gambar profile. Lepas tu buat penilaian sendiri macam Penilaian Menengah Rendah(PMR) gituwww. Okay? #seriously, #ImABoyNotYetAMan
macam pompuan pakai vintage bunga bunga. #pfffttt

       Its been five days aku tak blog, and aku rase tu sesuatu yang bukan lagi jarang ditaip. Haha. #pathetic lah engkau Naz. Tweet pun baru pagi tadi aku tengok perkembangan semasa dunia ciap-miap burung aku. Kira nya cam semua dunia social networking ni aku cam tak amek kisah sangat sekarang. Maklumlah, umur meningkat naik. Tapi ke-tinggi-an tetap tak meningkat naikk. Rasa #loser tapi Alhamdulillah. Hmm, dah penat fikir ayat dua perenggan nak membebel, tibalah masanya kita kita semua masuk ke alam fantasi Skrullz Storyboard. Ayat #budakbudak

       Post kali ni sequel to post yang bulan March hari tu. Kalau tak ingat sila click sini. Sape yang tak tau main Catur Bistari, wajib click sebab pasni aku takot korang takpaham ape yang aku nak citer. Takpasal #pening cam bukan #SPM kang. Semalam aku masuk competition Catur Bestari ni lah. Punye semangat, Anep siap post kat wall dye, tag sume player UUM. Sume seram sejuk je masuk dewan. Tapi,  dah memang Dewan Mas UUM sejuk. Sebab tu la semua seram sejuk. Haishh. #nervewrecking
Dari kiri: Paling Hensemmm; Apad, Paling Ohsemmm; Anep, Paling Skrullz; Naz
Tiada dalam gambar: Paling Tinggi; Mie, Paling Blur; Pojak, Paling Terer; Yoe, Paling Leader, Fiq

      Then, play lah macam biasa. Dekat Laluan Makan Gaji nasib baik sekali je aku Pecah Amanah. In real business world, kalau orang lain tahu korang Pecah Amanah, jail is the only place you shud live your life. Tapi dekat Catur Bestari, 3kali Hilang Giliran is such a #pieceofshit. Takdapat beli saham, takdapat gaji, time wasting. Pergh, saket hati tunggu. Dekat Laluan Tijarah, sangat laju flow. Lepas company JTP, naik Tepak, naik Metro Parking. #thumbsup! And the most precious, aku dapat naik Laluan Jihad Bisnes. Dapat Topi Pink! Gua Jambu kenelah dapat topi Pink. Jambu macam #KPop
jambu kan? gigi gua puteh! macam DOMO! hahahaha.

        First tyme masuk tournament. Seronok beronok ronok. Sebab sume cam sporting, gila dan gampang. Banker slow bace kad tapi boleh tahan gila jugak lah. Agak gampang dan aku rasa dye tengah muntah muntah sebab pening sangat bace kad. Haha. Si asst. banker pulak asek suruh stop je. Mane gua boleh tahan beb, gua pun tolong jadi calculator dye. Haha. Si Akhbar lak cam senior siket maen Catur Bistari ni, so dye lah yang naek Laluan Pink first. Lepas tolong tolong, semua dapat naek pink! #jyeahh. Sangat enjoy walaupun tak memang iPad. Hampa, duka, sadis bercampur baur perasaan ini. Ecewahh, macam J.K. Rowling Jr. pulakkk pakai ayat gramatis plus hiperbola plus anafora.
       Last but not least, ni gambar table 38, table beracun. Read my lips, b-e-r-a-c-u-n. Table lambat naek pink. Hahaha. As always, gua yang tengah, yang paling jambu, yang paling berdisipilin! Buktinya, tangan aku kat belakang, cam Suksis senang diri. Hahahaha.


Toodles! ~FIN~

Nov 7, 2011

6 A Comeback Post (Indeed)

Bismillah
Assalamualaikum

Tappin' Lappy's Keyboard While Listening To:
Mr. I Know It All by Kelly Clarkson.

       Firstly, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat yang tengah baca blog ni mahupun yang tak baca blog ni begitu juga yang takpenah bace blog ni. Post kali ni mula kan dengan bismillah dengan harapan lepas ni selalu update. Blog dah hebat (=.=") , ade flash header bagai, tapi ya ampunnn, update kemain malas. So, dengan adanya kalimah yang mulia ni, harapan gua nak update seselalu mungkin. Ptuihh, ni memang ayat biasa Skrullz Nazryn lepas lama tak hupdate blog! Again, Skrullz dengan #janjikosong

       Still kepada point utama, namun terus dibawa kepada perenggan kedua, which is: Malas Update Blog. Korang tengok je lah, #janjikosong aku ni memang selalu ditepati. Bulan Oktober takde post. Bulan April takde post. Bulan May pun takde post. Pendek kata, banyak bulan lah yang takde update. And for this critical issues, once again, i'm sorry coz takdapat memenuhi criteria seorang penulis blog yang rajin yang amat. Lepas ni, selalu selalu lah ingatkan aku update blog. Sebab Skrullz memang seorang yang pelupa. And lepas ni aku akan jadikan blog ni hyper FUN untuk korang semuaaa. Again and Again, Skrullz dengan #janjikosong

       Lepas Azlyana Azmi ingatkan aku nak update blog, baru aku update. Rasenya puas bila dapat menerima cabaran sekaligus mengambil cabaran itu sebagai satu titik tolak untuk terus memasak update blog. SKEMA lagi GRAMATIS tak ayat tadi? Ade tak macam @MasterchefMalaysia punye contestant bila hadap camera? Hahahaha. Everytime aku bukak AstroRia hadap reality show tu, mesti ROFL* dengar ayat diorang yang sangat skema ituu. Korang tak tengok @MasterchefMalaysia? Back to the first sentence tadi, bukak je blog punye interface, perkara pertama yang aku buat, CHECK COMMENTS. Walaupun aku tahu blog aku tak hot, tapi aku tahu yang kadang kadang blog aku hot jugak dan tiba tiba dihujani gadis jelita comments yang belambak. Untunglah blog korang sume hot, blog aku cam pekasam. Nak dapat comments punye susah. Takcaye tengok output post ni. #untonglaa

       Next thing bila dah lama tak update blog, tengok FOLLOWER. Okay, this is the most important part coz sometimes semangat nak terus berblog tu depend on how many followers we've hit. Kan? Kali ni, sebenanye bukan nak tengok follower ber(+), tapi nak tengok bape ramai yang dah tak minat nak follow blog boring cam blog aku ni. This is damn serious, past 5 months mase aku takupdate blog dua bulan tu, ade tiga orang unfollow blog Skrullz. Nak wat camane kan? Redha je lahhh. Talking Hand: "Admit lah Naz, blog engkau tak best. Booooo!". #pathetic
       Last things before aku tekan button "New Post", aku tengok ade tak PERUBAHAN DEKAT BLOG. Sebab kadang kadang bila lame tak bukak blog, tyme Spiderman melabuhkan sawang, mase tu lah datang malware gampang yang hinggap dekat blog. Personally, bende ni takpenah jadi kat blog aku. Tapi ni juz langkah berjaga jaga je lah. Kalo de pape yang takpuas hati, repot polis. Eh, jangan, jangan! Buang balik coding HTML, start balik dengan new coding. Haaa, lepas tu baru boleh start blogging balik. #blogging

Eh, sebenanye ni posting nak buat comeback. Tapi dah macam posting bagi tutorial "Apa perlu korang buat kalau lame tak update blog" kan? #suchlike #tutorial

Sorry kalau words kali ni takmbest, dah lama tak typing is the only reason why. miahaha~
Happy Blogging Alls. Selamat Hari Raya Aidiladha jugakk.

*ROFL = Rolling On Floor Laughing